Nama saya Zety Ain , dan saya bukanlah berasal dari dunia automotif. Saya seorang graduan Marketing, dan terus terang… saya tak pernah terfikir nak kerja dengan ayah sendiri, apatah lagi uruskan bengkel kereta.
Tapi tahun 2020, waktu dunia dilanda COVID-19, semua rancangan saya berubah. Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu, saya terpaksa kerja dengan ayah untuk bantu uruskan syarikat keluarga Zitas Synergy Garage. Masa tu saya fikir ini sementara je. Tapi siapa sangka, inilah jalan sebenar saya.
Sebenarnya, semangat berniaga dah mula dari kecil lagi. Sejak darjah dua, saya dah ikut keluarga meniaga makanan di pasar malam. Tapi bila masuk dunia bengkel, semuanya terasa asing.
Saya tak tahu teknikal, tak tahu beza “engine mounting” dengan “gearbox issue”. Lebih susah lagi bila masuk bab leadership. Saya tak pandai nak tegur staf bila mereka buat silap.
Saya pendam, marah sorang-sorang, tapi tak berani bersuara.
Kadang-kadang balik rumah menangis, sebab rasa saya gagal sebagai pemimpin.
Satu hari, saya tersilap order spare part untuk pelanggan tetap kami pelanggan yang setia sejak awal. Akibatnya, dia kecewa dan cakap,
“Ini kali terakhir saya datang kedai ni.”
Saya masih ingat saat tu. Saya hanya mampu tunduk dan menangis di belakang bengkel. Itu pengajaran paling besar dalam hidup saya kesilapan kecil boleh hilangkan kepercayaan besar. Sejak hari itu, saya janji pada diri saya mesti jadi lebih baik.
Keputusan paling besar saya buat dalam hidup ialah join program Mastermind FunnelEvo. Itulah kali pertama saya buat keputusan besar tanpa berbincang dengan ayah. Saya tahu risikonya besar tapi saya juga tahu, kalau saya nak ubah bisnes, saya kena ubah diri dulu.
Dan betul… selepas sertai FunnelEvo, banyak yang berubah. Saya belajar strukturkan semula team, letak orang di posisi yang betul, dan paling penting saya mula nampak visi sebenar.

Dulu saya fikir bengkel ni hanya tempat untuk tolong ayah.
Sekarang saya nampak ini tempat untuk bantu team saya capai impian masing-masing.
Dulu team datang kerja sebab terpaksa. Sekarang mereka datang kerja dengan semangat. Dulu bengkel nampak “kecil”. Sekarang, kami nampak masa depan.
Kalau anda sekarang tengah rasa keliru, rasa tak cukup hebat untuk pimpin orang lain percayalah, saya pun pernah di tempat yang sama.
Masuklah ke dunia ilmu. Berguru. Belajar. Perbaiki diri. Sebab bila kita sibuk urus operasi tanpa panduan, kita akan terlalu penat untuk berkembang.
Tapi bila kita ada mentor, ada sistem, dan ada ilmu barulah kita nampak apa yang perlu dibuat untuk bawa bisnes ke depan.
Hari ini, saya bukan lagi budak marketing yang takut nak tegur staf.
Saya seorang pemimpin wanita dalam dunia automotif, yang belajar dari air mata, kesilapan, dan keberanian untuk berubah.
Serius nak bisnes anda grow bersama FunnelEvo? Kami sedia membantu dengan memberikan sesi Business Review khas untuk anda.
Daftar sekarang untuk sesi Business Review percuma bersama team FunnelEvo!
Sesi ini direka untuk usahawan yang ingin mendapatkan bimbingan rapat, dari capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta.
