13 TOPI PENDIRI BISNES!

Topi ke-13 paling ramai pendiri bisnes lupa nak pakai

Dan lepas anda baca ni, asal nama founder, mesti anda terbayang mereka pakai 13 topi ni.

Ramai nampak senyuman seorang usahawan, tapi tak ramai tahu harga sebenar di sebalik senyuman tu.

Ada hari bangun pagi, otak masih penat walau baru tidur dua jam.
Ada hari, tangan laju taip motivasi untuk team
tapi dalam hati, dia sendiri dah nak menyerah.

Setiap keputusan terasa berat.
Setiap kesilapan rasa macam dosa besar.
Sebab bila founder silap tak ada siapa nak tanggung,
semuanya jatuh atas bahu sendiri.
Perjalanan yang penuh “sunyi”

Sebab itu saya dan FunnelEvo ada untuk pendiri bisnes yang perlukan bimbingan dan kita duduk sama-sama dalam satu jemaah!

Dan dalam dunia yang penuh tekanan ni, ramai tak sedar… seorang usahawan sebenarnya pakai banyak “topi” serentak.

1. Topi Visionary.

Fikir besar, rancang hala tuju, dan pastikan bisnes sentiasa ke depan.
Tapi realitinya, bila api kecil-kecilan pun tak sempat padam,
Tenggelam dalam operasi..
macam mana nak fikir strategi 5 tahun akan datang?
Setuju?

2. Topi Operasi

Topi yang buat usahawan tak cukup tidur.
Sistem, staf, barang tak cukup, pelanggan marah semua kena urus.
Kadang rasa macam tak jadi boss, tapi macam “pemadam api sepenuh masa.

3. Topi Strategi (Taktikal)

Bila strategi dah ada, datang pula soalan
“Macam mana nak capai ni?”
Topi ni tentang execution langkah demi langkah,
tapi founder sering tersepit antara nak buat sendiri atau nak ajar orang buat.

4. Topi Sales

Topi yang buat dada berdebar setiap hujung bulan.
Target tak capai, team tak perform, pelanggan ghosting.
Sales bukan sekadar nombor ia cerminan sama ada strategi kita betul atau tidak.

5. Topi Founder

Topi yang diidamkan ramai orang tapi tak ramai berani ambil tanggungjawab. Setiap keputusan, setiap risiko semuanya datang balik pada diri sendiri.
Kadang terpaksa senyum depan team, padahal dalam hati tengah runtuh.

6. Topi Staf

Bila semua orang balik pukul 6, dia masih buat kerja.
Packing, jawab mesej, cuci lantai, siapkan order.
Staf tak MC atau Cuti? founder turun buat sendiri
Staf tipu itu ini tak boleh, founder turun juga
Topi CEO- Chief Everything officer!

7. Topi sebagai Mak / Ayah / Anak / Suami / Isteri

Topi ni tak pernah tanggal.
Bila balik rumah, anak tunggu, pasangan harap perhatian.
Tapi kadang yang tinggal cuma sisa tenaga dan senyuman paling lesu.
Rasa bersalah tu berat sebab nak luang masa bersama, nak kejar impian, tapi takut hilang masa berharga bersama keluarga.

8. Topi Akaun / Kewangan

Topi yang buat dada sesak setiap kali buka akaun bank. Duit masuk, duit keluar. Kadang nampak macam untung, tapi hakikatnya kosong.

Topi ni ajar usahawan sales tinggi belum tentu bisnes sihat.

9. Topi HR (Sumber Manusia)

Topi yang paling menguji kesabaran. Ada hari staf tak datang, ada hari datang tapi tak buat kerja.
Topi ni ajar satu benda iaitu urus manusia lebih susah daripada urus sistem.

10. Topi Leadership

Topi ni nampak glamor, tapi beratnya luar biasa.
Nak jadi ketua yang tegas tapi adil, disegani tapi disayangi
itu bukan kerja sehari.
Ia seni yang memerlukan hati yang kuat.

11. Topi Marketing

Topi yang buat founder tak tidur malam.
Brainstorm idea, tulis copy, rakam content, kejar views, monitor ads.
Kadang rasa macam bukan usahawan, tapi content creator sepenuh masa.

12. Topi Jaga Kualiti Produk / Servis

Topi ni senyap tapi penting. Setiap kali pelanggan komplen, dia rasa macam ditampar.
Dia tahu reputasi hanya sekali. Sekali rosak, susah nak pulih.

TOPI PALING PENTING

Topi yang ke-13 TOPI DIRI SENDIRI (Yang Paling Ramai Terlepas Pandang)

Inilah topi paling senyap, tapi paling penting.
Topi yang ramai founder tak sempat pakai
sebab sibuk urus semua topi lain.

Topi ni bukan tentang kerja.
Ia tentang diri sendiri.
Kesihatan Fizikal- sebab kalau badan rebah, bisnes berhenti.
Emosi & Mental – sebab kalau hati serabut, keputusan jadi silap.
Spiritual & Jiwa – sebab kalau jauh dari Tuhan, arah hidup hilang makna.
Tak jaga hubungan suami isteri..
Tak jaga hubungan mak ayah..
Tak jaga hubungan kita dengan Pencipta
Terlalu sibuk terlepas solat, berbaloikah..
Terlalu kejar duit, terlepas keberkatan..

Sebab tu pesan saya kepada pendiri bisnes yang hadir ke kelas-kelas saya, buat apa Allah suka, Allah beri apa kita suka.

Tugas kita usaha dan fokus topi yang ke-13. Selebihnya InsyaALLAH satu-persatu Allah permudahkan.

Untuk pendiri bisnes yang sekarang ni sedang

  • Tersakiti
  • Rasa dah bisnes bertahun-tahun tapi tak seronok
  • Berniaga dah lama tapi STUCK

Saya nak jemput anda ke program terbaru FunnelelEvo. Beri ruang dan peluang untuk diri anda berniaga dengan seronok, dan buat apa yang Allah suka.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !