Ini adalah kisah saya, Dr. Suzana, pengasas Klinik Suzana Sdn Bhd dan peserta Mastermind FunnelEvo. Saya bermula dengan semangat besar, tapi tidak dinafikan saya pernah jatuh teruk dalam perjalanan bisnes ini.
Dulu, saya pernah alami kerugian besar. Bukan kerana produk tak laku, tapi kerana pecah amanah staf sendiri. Bayangkan, dalam masa singkat saya kehilangan stok dan wang tunai bernilai hampir RM100,000.
Saat itu saya rasa benar-benar kecewa. Tapi dalam masa sama, saya tahu satu perkara kalau saya terus menyalahkan orang lain, bisnes saya takkan ke mana.
Jadi saya ambil keputusan untuk belajar semula cara urus bisnes dengan betul.
Saya sedar, kalau saya nak bisnes berkembang, saya mesti ada sistem, struktur dan ilmu kepimpinan.
Saya sertai Program Mastermind FunnelEvo, dan keputusan itu menjadi titik perubahan paling besar dalam perjalanan saya sebagai usahawan dan pemimpin.
Di FunnelEvo, saya mula nampak dengan jelas kenapa bisnes saya dulu tak stabil, sebab saya terlalu tenggelam dalam operasi.
Saya buat semua benda sendiri, daripada urus staf, rawatan, hingga urusan harian di klinik.
Selepas dibimbing, saya belajar bagaimana nak:
- Keluar dari operasi harian dan mula berfungsi sebagai pemimpin sebenar.
- Buat keputusan lebih yakin berasaskan data dan strategi.
- Bangunkan sistem dan struktur pasukan yang lebih kukuh.
- Fahami kepimpinan dan komunikasi dalaman dengan lebih mendalam.
Hasil Selepas Bimbingan
Alhamdulillah, selepas setahun bersama FunnelEvo Mastermind, hasilnya luar biasa:
Saya berjaya buka cawangan ketiga pada tahun 2024, dan tanpa disangka, cawangan keempat menyusul awal tahun 2025.
Itu bukan saya tekad memohon untuk ke President, sebab saya nak dapat bimbingan secara langsung daripada mentor utama FunnelEvo.
Operasi klinik lebih stabil, staf lebih berdedikasi, dan pengurusan kini lebih sistematik.
Perkembangan Terkini
Kini, Klinik Suzana berada dalam fasa pembukaan cawangan ke-5 di Johor Bahru, dan sedang menunggu kelulusan submission KKM.
Saya juga sudah mula menumpukan kepada latihan dalaman (in-house training) untuk pasukan termasuk Injectables dan Energy-Based Devices.
Lebih penting, saya kini dalam proses duplicate kepakaran kepada pasukan doktor dan tenaga kerja saya sendiri supaya bisnes boleh berkembang tanpa bergantung sepenuhnya pada saya.
Inilah persediaan saya untuk tahun 2026 dan seterusnya membina empayar estetik yang mampan dan bersistem.
Kalau dulu saya hilang RM100,000 kerana kurang sistem dan ilmu, hari ini saya capai lebih daripada sekadar keuntungan. Saya dapat ketenangan sebagai pemimpin, keyakinan untuk buat keputusan, dan pasukan yang sama-sama membina legasi ini.
Program Mastermind & President FunnelEvo bukan sekadar bimbingan bisnes, tapi sekolah kepimpinan sebenar tempat saya belajar cara berfikir, mengurus dan membina bisnes yang hidup dengan nilai dan sistem.
“Kegagalan bukan penamat. Ia cuma panggilan untuk belajar semula dengan cara yang betul.”
Kini, dari seorang doktor yang pernah rugi besar, saya sedang memimpin empayar 5 cawangan klinik estetik di Johor Bahru bukti bahawa bila founder berubah, bisnes pun ikut berubah
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
