Saya, Taj Mahal Hashim, tak pernah sangka perjalanan hidup yang penuh cabaran akan membawa saya ke tahap ini. Saya dibesarkan dalam keluarga sederhana. Ayah meninggal dunia ketika saya berumur 11 tahun, dan ibu saya seorang ibu tunggal membesarkan kami dengan penuh pengorbanan, bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji RM700 sebulan.
Pengalaman hidup itu membentuk semangat saya untuk berjaya dan membantu orang lain. Pada tahun 2018, saya menubuhkan Youmi Mandarin Centre, pusat pengajian Bahasa Mandarin secara dalam talian. Saya mulakan secara part-time, hanya dengan satu impian nak bantu lebih ramai orang kuasai bahasa Mandarin dengan cara mudah dan menyeronokkan.
Tahun 2023 ialah tahun pertama saya menjalankan bisnes ini sepenuh masa. Hasilnya mengejutkan saya sendiri, jualan mencecah RM99,000. Dengan bimbingan yang betul daripada Program MM (MASTERMIND) FunnelEvo, strategi saya mula berubah. Tahun berikutnya, 2024, jualan meningkat hampir dua kali ganda!
Bukan itu saja. Saya belajar cara menarik dan menapis bakat baru dalam pasukan. Tanpa perlu iklan besar-besaran, saya mula terima banyak resume, dan lebih ramai calon berkualiti ingin bekerja bersama Youmi Team.
Kini saya mempunyai 3 orang cikgu dan 2 orang live host malah yang menariknya, live host saya ada latar belakang yang hebat. Seorang model, content creator dan trainer. Seolah-olah Allah datangkan tepat apa yang saya perlukan untuk kembangkan bisnes.
Salah satu nikmat terbesar yang saya capai selepas berguru dengan FunnelEvo ialah freedom of time. Saya bukan sahaja dapat urus masa dengan lebih baik, tapi juga mampu sambung belajar di peringkat Master, sambil bisnes terus berjalan dengan stabil.
Dan baru-baru ini, Alhamdulillah saya selamat melahirkan anak sulung.
Yang buat saya terharu walaupun sedang berpantang dan berehat, bisnes tetap berjalan seperti biasa. Ini hasil sistem dan ilmu yang saya belajar: bila bisnes bergerak dengan struktur dan strategi, founder tak lagi perlu bergantung sepenuhnya pada tenaga sendiri.
Saya belajar satu perkara penting, ilmu digital dalam bisnes bukan lagi pilihan, tapi keperluan.
Cari guru yang betul, terus belajar, dan jangan berhenti walau sesusah mana pun perjalanan.
Berniaga bukan sekadar untuk keuntungan, tapi untuk beri manfaat kepada orang lain dan sebagai bekalan untuk akhirat.
Kisah saya hanyalah bukti kecil bahawa bila kita ada usaha, ilmu dan keazaman, kejayaan pasti akan tiba, tepat pada masanya.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
