Bismillahirrahmanirrahim.
Kehadiran kami di World Expo 2025 Osaka, Jepun, bukan sekadar satu lawatan antarabangsa.
Ia merupakan inisiatif strategik dalam memahami bagaimana dunia sedang mereka bentuk semula landskap ekonomi global di bawah tema besar “Designing Future Society for Our Lives.”
Acara yang menghimpunkan lebih daripada 150 negara dan organisasi antarabangsa ini menekankan tiga dimensi utama, Saving Lives, Empowering Lives, dan Connecting Lives.
Kesemuanya berpaksikan visi yang sama: membina masa depan yang seimbang antara kemajuan teknologi dan nilai kemanusiaan.
Apa yang menarik, World Expo 2025 bukan sekadar pameran, tetapi satu eksperimen sosial berskala global, digelar People’s Living Lab.
Ia menampilkan inovasi sebenar dalam bidang Ai dan automasi, tenaga bersih, ekonomi sirkular, teknologi bandar pintar, kesihatan, pendidikan, serta sistem sosial masa depan.
Kajian terkini daripada Harvard Business Review (2024–2025) menegaskan bahawa syarikat yang berkembang secara mampan tidak lagi beroperasi berasaskan “jualan segera”, tetapi melalui pembangunan sistem pertumbuhan berstruktur (growth system) satu kombinasi budaya organisasi, teknologi, dan strategi jangka panjang.
Pendek kata, pertumbuhan moden tidak lagi digerakkan oleh jualan semata-mata, tetapi oleh sistem.
Dalam konteks itu, Board Of Advisors (BOA) Funnelevo membawa misi yang lebih luas iaitu mempelajari bagaimana sebuah negara seperti Jepun membina keunggulan ekonomi berasaskan disiplin, sistem, dan nilai kerja kolektif.
Kami percaya, jika seorang usahawan berjaya membina sistem yang berfungsi, beliau mampu membuka sekurang-kurangnya sepuluh peluang pekerjaan baharu.
Jika ratusan ribu usahawan bergerak dalam ekosistem yang sama, impaknya mampu mengubah hala ekonomi 1 Billion Ummah di seluruh dunia.

Malaysia Pavilion di Expo 2025 pula menonjolkan konsep “Energising Sustainability” gabungan tenaga, nilai, dan inovasi yang menegaskan bahawa kemajuan sebenar tidak harus memisahkan teknologi daripada tanggungjawab sosial.
Nilai ini selari dengan falsafah yang kami bawa di FunnelEvo membina bisnes bukan sekadar untuk keuntungan, tetapi untuk kebangkitan.
Melihat bagaimana Jepun menstruktur semula masyarakatnya berasaskan sistem, kita belajar satu perkara penting bahawa masa depan bukan milik mereka yang paling besar atau paling kaya, tetapi milik mereka yang paling cepat belajar, beradaptasi, dan bertindak melalui sistem yang berprinsip.
Board Of Advisors (BOA) Funnelevo, Dari Malaysia ke Dunia.
Misi Ekonomi Ummah Bermula di Sini.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!