PANDANGAN DI ATAS MEMANG INDAH, TAPI… RASA GAYAT.

Ramai orang bercita-cita nak berada di atas..nak dikenali, nak bisnes besar, nak pasukan ramai, nak hasil luar biasa.
Tapi bila dah sampai, baru sedar… pemandangan di atas memang indah, tapi angin di atas jauh lebih kuat.

Dalam dunia bisnes, setiap kali kita naik satu tahap, tekanan juga naik satu tahap.

Tanggungjawab bertambah, risiko makin besar, dan setiap keputusan kecil boleh memberi kesan besar.

Namun, inilah realiti dunia sebenar..dan inilah ujian sebenar bagi mereka yang Allah angkat darjatnya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Apabila Allah mencintai seseorang hamba, Dia akan mengujinya.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

3 PESANAN SAYA UNTUK USAHAWAN YANG SEDANG MENDAKI:

  1. Rasa Gayat Itu Normal
    Kalau anda rasa takut, risau, atau keliru, itu tanda anda sedang keluar dari zon selesa.
    Tiada siapa boleh naik ke atas tanpa rasa gayat.
    Yang penting bukan rasa takutnya, tapi keberanian untuk kekal berdiri dengan tawakal kepada Allah, walaupun angin kuat.
    Kerana bila Allah bawa kita naik, Dia juga yang akan jaga keseimbangan kita di atas.
  2. Pemandangan Indah Datang Bersama Tanggungjawab
    Semakin tinggi anda naik, semakin besar amanahnya.
    Akan datang kritikan, sistem yang diuji, dan pasukan yang goyah.
    Jangan lari daripada tekanan itu , kerana ujian adalah tanda Allah sedang melatih kita menjadi pemimpin sebenar.

Seperti firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”

  1. Kekuatan Sebenar Bukan Pada Hasil, Tapi Pada Kestabilan Diri
    Founder yang berjaya bukan yang tak pernah jatuh,
    tetapi yang mampu kekal tenang, sabar dan berprinsip ketika diuji.
    Disiplin, nilai dan prinsip..bila berpaksikan iman, itulah tali yang mengikat kestabilan di puncak.

Kalau anda kini berada di fasa di mana semua terasa berat dan menekan,
jangan pandang ke bawah, pandang ke hadapan, dan paling penting, pandang ke atas.
Nikmati pemandangan yang ada dalam masa yang sama kuatkan mental dan fizikal.

Kerana semua pemimpin hebat pernah melalui fasa yang sama, dan mereka yang berjaya bukan kerana mereka kuat, tetapi kerana mereka tak berhenti berharap dan bergantung kepada Allah.

Keindahan bisnes hanya untuk mereka yang berani berdiri di tempat tinggi,
dan tahu bahawa setiap keindahan dan ketinggian adalah amanah, bukan kebanggaan.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !