“Dulu saya cikgu Bahasa Arab, sekarang jual kek Marble by Magnacakes.”

Nama saya Siti Aminah, tapi mudah nak ingat, panggil saya Cikgu Marble (Dulu cikgu, sekarang jual kek marble).

Selama 14 tahun saya berkhidmat sebagai guru Bahasa Arab di sekolah kerajaan. Saya sayang kerja tu, tapi dalam hati saya tahu.. Bukan itu yang saya cari, MagnaCakes adalah Perjuangan kami. Berniaga kerana Fardhu Kifayah. Nak bantu 1 juta Rakyat Malaysia rasa Kek Marble kami.

Saya berhenti kerja pada usia 39 tahun, tanpa pencen. Orang kata saya gila. Tapi saya yakin, kalau saya tak berani sekarang, saya akan menyesal seumur hidup.

Saya mula berniaga tahun 2010 Selepas melahirkan anak pertama. Waktu tu buat 2 kerja dalam 1 masa, bermula dengan buat kek kukus buah dari rumah. Sampai satu tahap, saya berjaya hantar ke lebih 100 kedai. Tahun 2013, saya buka kedai pertama. Tapi perjalanan tu tak mudah…

Kedai Magna Cakes pada tahun 2013 hingga tahun 2020

Saya masih ingat satu hari tu, jualan cuma seringgit. Itu pun sebab staf saya beli air kotak. Kedai saya masa tu di hujung kampung, kawasan “mati” orang kata. Orang jarang lalu, tapi saya terus bertahan. Dari situ saya sedar bisnes ni bukan nasib, tapi strategi.

Alhamdulilah rezeki Mei 2025, saya jumpa FunnelEvo dan bisnes saya mula menunjukan perubahan positif. Dari situ saya jumpa semula arah. Saya belajar macam mana nak kawal bisnes, bukan bisnes yang kawal saya.

Dalam sesi Amazing Breakfast yang saya sebagai Mastermind dapat akses terus dari trainer, saya tanya terus dapat jawapan. Segalanya jelas dan praktikal.

Selepas Dibimbing FunnelEvo

  1. Sales Naik Berganda.
    Dulu RM40 ribu-RM50 ribu sebulan, kini capai RM80 ribu sebulan.
  2. Berani Buat Ads Sendiri.
    Dulu trauma sebab kena tipu, sekarang saya labur lebih ratusan ringgit sehari dengan strategi.
  3. Yakin Diri Semula.
    Dulu takut nak keluar dari kedai, sekarang saya tahu apa yang saya buat.
  4. Bisnes Lebih Tersusun.
    Tak lagi bergantung pada nasib atau staf lama. Kini ada sistem, ada arah.

Hari Ini… Magnacakes bukan sekadar kek. Ia simbol keberanian saya meninggalkan zon selesa dan membuktikan bahawa wanita boleh berjaya bila dia pilih untuk belajar dan bertindak.

Saya selalu pesan pada diri sendiri:

“Rezeki tak datang pada orang yang tunggu, tapi pada orang yang buat sungguh-sungguh.”

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !