Di Sebalik Telekung No.1 Malaysia: Rahsia Legasi Siti Khadijah Terbongkar
Dalam dunia perniagaan, tidak banyak jenama yang mampu bertahan lama, berkembang pesat, dan mengekalkan kepercayaan pelanggan selama lebih sedekad. Namun, Siti Khadijah telah membuktikan bahawa dengan strategi yang tepat, visi jelas, dan keberanian seorang pengasas, sebuah jenama boleh menjadi simbol keanggunan Muslimah dan ikon kejayaan negara.

Baru-baru ini, seramai 31 usahawan dari 20 syarikat di bawah program President PRIME dan President FunnelEvo berpeluang menyertai Business Trip Eksklusif ke HQ Siti Khadijah di Nilai. Lawatan ini bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi sebuah pengalaman pembelajaran berharga untuk mendalami strategi dan rahsia kejayaan jenama telekung nombor satu Malaysia ini.



Sambutan Hangat & Sejarah Legasi Siti Khadijah
Sesi dimulakan dengan sambutan mesra daripada Team Siti Khadijah yang membawa para peserta menyusuri sejarah penubuhan syarikat ini – bermula daripada langkah kecil di pasar malam hingga mencetus revolusi produk telekung moden yang mengubah landskap fesyen Muslimah di Malaysia.
Perjalanan ini bukan sekadar kisah produk, tetapi tentang visi dan keberanian untuk mencipta pasaran baharu, memecahkan stigma, dan membina jenama yang berakar di hati pelanggan.

Sesi Bersama Tuan Qamarul Hassan: Strategi & Perancangan Pertumbuhan
Seterusnya, peserta diberikan peluang eksklusif untuk bersama Tuan Qamarul Hassan, Pegawai Khas kepada Ketua Perancangan Strategik Siti Khadijah. Dalam sesi ini, beliau mendedahkan:
- Strategi pertumbuhan yang terancang dan berfasa.
- Perancangan brand positioning yang membezakan Siti Khadijah daripada pesaing
- Pendekatan membina brand equity & trust sehingga pelanggan menjadi duta setia jenama ini.
- Para usahawan bukan sahaja mendengar teori, tetapi mendapat pandangan langsung tentang bagaimana sebuah jenama tempatan menjadi peneraju pasaran.

Makan Tengahari di Nasi Ulam Kak Su
Perjalanan ilmu tidak lengkap tanpa pengalaman budaya. Para peserta kemudiannya dibawa menjamu selera di Restoran Nasi Ulam Kak Su, satu jenama tempatan yang juga sinonim dengan masakan autentik tradisi Kelantan. Ini memberi inspirasi bahawa kualiti dan keaslian adalah kunci dalam membina bisnes yang kukuh.

Sesi Inspirasi Bersama Pengasas Siti Khadijah
Kemuncak lawatan ini ialah pertemuan bersemuka dengan Puan Hajah Padzilah, pengasas Siti Khadijah. Dalam sesi santai namun penuh makna ini, beliau berkongsi:
- Kisah jatuh bangun membina empayar
- Cabaran perniagaan di fasa awal
- Rahsia membina jenama yang berakar kuat di hati pelanggan
Kata-kata beliau menjadi peringatan bahawa kejayaan tidak datang sekelip mata – ia memerlukan kesabaran, kerja keras, dan keberanian mengambil risiko.
Lawatan ini turut mendapat sokongan daripada:

Kiffah Travel – Puan Ummu sebagai penaja bas yang memastikan perjalanan peserta selesa dan lancar
Nasi Ulam Kak Su – Penaja makan tengahari yang memeriahkan lagi pengalaman hari tersebut
Sinergi antara jenama-jenama tempatan ini menjadi contoh bahawa kejayaan perniagaan datang bersama semangat saling menyokong.
Kisah Siti Khadijah membuktikan bahawa branding dan growth strategy bukan sekadar teori, tetapi senjata penting untuk memastikan perniagaan terus bertahan, berkembang, dan memberi impak jangka panjang.
“Produk boleh ditiru, tetapi jenama yang kuat akan sentiasa menang di hati pelanggan.”
Sekarang, soalnya: Adakah anda bersedia untuk membina legasi seperti Siti Khadijah?
Jika ya, inilah peluang anda untuk bersama FunnelEvo President dan membuka lembaran baru dalam perjalanan perniagaan anda.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!