Saya Pernah Dihina & Difitnah, Tapi Dari Situ Saya Bangkit Dengan Sri Kayangan Jewels

“Buat mati, tak buat pun mati!” – Itulah kata-kata yang sering saya pegang dalam hidup.

Kalau dulu saya hanyalah seorang gadis biasa yang bergelut dengan kesempitan hidup, siapa sangka hari ini saya berdiri sebagai pengasas Sri Kayangan Jewels, sebuah empayar emas yang saya sendiri tidak pernah bayangkan akan menjadi sebesar ini. Tapi percayalah, perjalanan saya tidak semudah yang orang nampak.

Saya dilahirkan di Kluang, Johor, anak bongsu daripada tujuh beradik. Pernah menyambung pengajian dalam bidang Islamic Banking and Finance di Unirazak, tapi kerana masalah kewangan, saya terpaksa berhenti. Demi kelangsungan hidup, saya bekerja dengan seorang kawan di Shah Alam yang kini Allah takdirkan menjadi suami saya.

Sebenarnya, minat berniaga bukan perkara baru dalam hidup saya. Seawal zaman sekolah asrama, saya sudah pandai menjual roti bakar, kacang, asam jeruk. Selepas STPM, saya jadi agen produk JDT secara online. Semasa universiti, saya jual tudung pula. Pendek kata, darah berniaga ini sudah lama mengalir dalam diri saya.

Mula Serius Dalam Bisnes EmasTahun 2016, saya dan suami mula serius dalam perniagaan emas secara online. Cabaran paling besar bermula pada 2020, ketika kami menubuhkan Sri Kayangan Jewels. Masa itu, saya hanya ada empat orang staf. Semua benda kami buat sendiri menyusun barang kemas, urus data, photoshoot, marketing, sampai lah close sale.

Bila pandemik melanda, bisnes kami jatuh teruk. Lockdown buatkan kedai terpaksa tutup dua kali. Jualan merudum. Tekanan datang bertimpa-timpa. Lebih pedih, saya pernah difitnah sampai hampir murung dua minggu. Media sosial penuh kecaman. Tapi saya pilih untuk bangkit. Saya cakap dengan team, “Tak apa, biarkan. Kita terus jalan.” Dari situ, tagline kami lahir: “Emas Bling Bling dari Kayangan.”

Dalam fasa mencari jalan keluar, saya buat keputusan untuk sertai Mastermind FunnelEvo. Dari situlah hidup saya berubah.

Saya bukan pelajar yang menonjol. Tapi setiap strategi yang diajar oleh Tuan Fahdi dan Tuan Pudin saya hadam, saya ulang, saya buat. Saya buka semula nota marketing, nota sales, nota pengurusan staf. Saya praktikkan satu persatu tanpa toleh ke belakang.

  1. Tiada sistem organisasi yang jelas
  2. Kerja bercampur aduk, tekanan tinggi
  3. Pemasaran lemah, pasaran terhad
  4. Harapkan orang lain jadi tulang belakang

Selepas menyertai FunnelEvo:

  1. Struktur organisasi jelas ikut kekuatan staf
  2. Strategi marketing lebih kemas, teknik close sale mantap
  3. Branding makin kukuh dengan live & engagement
  4. Saya berani ambil risiko lebih besar

Dan hasilnya luar biasa. Dari RM7.6 juta (2023) melonjak ke RM13.8 juta (2024). Malah, bulan lepas sahaja kami berjaya menjual 11kg emas bernilai RM1.7 juta! Kini saya di President circle FunnelEvo untuk bimbingan yang lebih dekat.

Bisnes hari ini sangat mencabar. Jangan tunggu. Jangan penuhi fikiran dengan alasan. Jangan malas! Kalau nak berjaya, cari ilmu, gali ilmu, dan sentiasa fikir bagaimana nak jadi lebih baik daripada semalam.

Saya sudah buktikan, kegagalan bukan penamat. Ia hanyalah permulaan untuk sesuatu yang lebih besar. Selagi ada usaha, selagi ada ilmu, selagi itulah impian boleh direalisasikan.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts