Dari Jualan Di Depan Bank, Kini Menuju Ke Empayar Haruman!
Saya, Muhamad Hamizan, memulakan Lafaz Fragrance dengan cara yang sangat sederhana. Setiap hari, saya berdiri di hadapan bank, menjual produk haruman kepada sesiapa sahaja yang lalu. Kadang-kadang, saya sertai festival dan event semata-mata untuk tambah jualan. Hidup ketika itu penuh cabaran tapi saya tahu, jika saya nak capai sesuatu yang lebih besar, saya kena berani keluar dari zon selesa.
Pada September 2024, saya buat satu keputusan besar: menyertai program Mastermind anjuran FunnelEvo. Itulah titik perubahan yang mengubah seluruh perjalanan bisnes saya.
Dalam masa hanya dua bulan, hasil bimbingan dan ilmu yang saya dapat, Lafaz Fragrance berjaya membuka cawangan fizikal pertama. Sekarang, saya sedang merancang untuk tambah dua lagi cawangan dan berpindah ke pejabat baru yang lebih selesa sebelum hujung tahun ini.
Bukan itu sahaja tahun 2025 saya sudah siapkan strategi untuk melonjakkan Lafaz Fragrance ke tahap seterusnya.
- Struktur Syarikat Lebih Tersusun: FunnelEvo ajar saya bagaimana nak urus bisnes secara profesional dan efisien.
- Yakin Ambil Risiko: Ilmu yang saya dapat buat saya lebih berani buat keputusan besar walaupun ada risiko.
- Ilmu Dunia & Akhirat: Saya percaya keberkatan berguru dengan mentor berperanan besar membuka pintu rezeki saya.
Hari ini, saya bukan lagi sekadar penjual di depan bank. Lafaz Fragrance adalah simbol impian besar saya yang kini menjadi realiti. Saya percaya, dengan keberkatan guru, bimbingan yang tepat, dan usaha yang tak pernah berhenti, tiada yang mustahil untuk dicapai. Visi saya adalah untuk membina Lafaz Fragrance sebagai jenama yang disegani dan memberi manfaat kepada ramai.
Inilah perjalanan saya dari kesederhanaan, menuju empayar haruman. Anda bila lagi?
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!