Dari Malu Tunjuk Muka ke RM2.2 Juta Setahun Kisah Kebangkitan Saya di TikTok Live

Kalau dulu orang cakap bisnes ni ada jatuh bangunnya, saya percaya… tapi bila diri sendiri yang rasa, perit dia lain macam.

Saya bermula sebagai ejen produk kecantikan. Alhamdulillah, komisen pernah mencecah RM50,000 sebulan. Tapi hati saya terdetik, “Aku kena ada bisnes sendiri.”

Saya pun nekad borong barang dari China dan jual. Masa PKP, memang meletup! Sebulan saya boleh buat lebih RM500,000 jualan. Masa tu saya rasa inilah masa depan saya.

Tapi langit tak selalu cerah…
Masuk tahun 2022, jualan mula jatuh. Lama-lama, bisnes terpaksa saya hentikan. Rasa macam dunia gelap.

Dalam kekalutan tu, saya teringat… suami saya tukang emas. Saya fikir, kenapa tak guna kelebihan ni? Dengan modal RM2,000 saja, saya mulakan bisnes emas celup.

Cara paling mudahlive di TikTok. Tapi masalahnya… saya malu nak tunjuk muka. Live pertama? Hanya tunjuk tangan. Tak ada keyakinan, tak ada pengalaman, tapi saya tetap cuba.

Saya tak nak ulang kesilapan lama. Jadi, saya masuk program Mastermind di FunnelEvo untuk dapat bimbingan setahun penuh.

Apa yang saya ubah?

  1. Main strategi influencer untuk tarik pelanggan baru.
  2. Live TikTok tanpa henti untuk konsisten tarik perhatian.
  3. Buat perancangan bisnes yang betul-betul sistematik.

Hasilnya? Dalam setahun, jualan saya naik 5 kali ganda.

Dan buat pertama kali, saya capai RM2.2 juta jualan!Alhamdulillah. Kini saya mula join bimbingan yang lebih dekat dengan guru iaitu di President Circle.

Saya percaya, kalau saya boleh bangkit dari kosong, orang lain pun boleh. Yang penting, jangan takut nak mula semula.

Doakan Kedai Emas Sadur Batini terus maju dan satu hari nanti, kami capai target RM1 juta sebulan. Insya-Allah.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts