Apa Beza Founder Yang Grow Laju VS Founder Yang Sentiasa Letih & Stres?

Kedua-duanya ada impian besar. Kedua-duanya kerja siang malam. Tapi kenapa hasilnya jauh berbeza?Satu makin naik. Satu lagi makin burnout.Kalau anda rasa penat tak habis-habis, baca sampai habis. Mungkin anda akan nampak cerminan diri di sini. 

1. Founder yang grow laju fokus sistem VS Founder yang letih fokus survival.

Founder yang laju tak tunggu letih baru nak cari jalan keluar. Dia cipta sistem yang bantu dia urus bisnes dengan lebih ringan dan teratur.Tapi yang sentiasa penat dia jadi ‘kuli gaji sendiri’. Semua benda dia buat sendiri. Hari-hari rasa sibuk, tapi tak ke mana. Sistem yang bagus bukan untuk syarikat besar saja, tapi penyelamat bagi founder yang nak berkembang

2. Founder yang grow laju buat keputusan ikut data VS Founder yang letih buat keputusan ikut rasa.

Ada beza besar antara “saya rasa” dan “data tunjuk”.Yang laju, dia tahu angka. Dia ada dashboard. Setiap tindakan ada sebab dan impak.Yang letih, dia main agak-agak. “Saya rasa kita kena buat promo kot minggu ni.” Tapi bila ditanya data, blur.Syarikat yang guna data dalam keputusan harian, 3 kali lebih berpotensi outperform pesaing.

3. Founder yang grow laju bina team VS Founder yang letih bina drama.

Founder yang grow laju tahu, dia bukan superhero. Dia cari orang yang lebih hebat daripadanya.Tapi founder yang selalu stres pula… dia urus team yang banyak alasan, banyak MC, dan kalau lost contact pun, tengok-tengok tengah bercuti. Bila ditanya kenapa tak buang? “Susah nak cari orang sekarang.” Sebenarnya, susah nak lepaskan orang yang tak patut kita simpan.

4. Founder yang grow laju jelas hala tuju VS Founder yang letih kejar semua trend.

Yang laju tahu nak ke mana. Dia tak terikut-ikut. Dia pilih channel yang dia kuasai. Yang letih pula hari ni TikTok, esok Shopee, lusa buat kelas Zoom, tulis eBook, nak start kafe… Semua nak buat, akhirnya tak ada satu pun jalan.Harvard Strategy Paper sebut syarikat yang tiada fokus, akan hilang momentum dan terbabas.

5. Founder yang grow laju tahu bila nak lepas VS Founder yang letih nak pegang semua.

Yang laju belajar delegasi. Bukan sebab dia malas, tapi sebab dia nak letak orang yang betul di tempat yang betul.Tapi yang penat… dia rasa semua orang tak boleh dipercayai. Semua nak kena semak. Semua kena ikut cara dia. Akhirnya, bukan dia yang urus bisnes. Tapi bisnes yang urus dia. 

6. Founder yang grow laju buat keputusan tegas VS Founder yang letih suka tangguh.

Masalah datang, dia selesai. Tak simpan. Tak tunggu lepas raya, lepas raya haji, lepas raya anak masuk sekolah.Yang letih pula… tahu ada staf yang tak perform, tapi simpan. Tahu marketing tak jadi, tapi ulang lagi. Dan akhirnya, dia hilang momentum hanya kerana dia tangguh buat keputusan penting.

7. Founder yang grow laju cari mentor VS Founder yang letih cari alasan.

Yang grow laju belajar dari kesilapan orang lain. Dia sanggup bayar mahal untuk shortcut ilmu. Yang letih… tunggu sampai bisnes hampir nazak baru nak buka buku, baru nak join kelas.Dan bila tengok orang lain naik dulu, dia mula salahkan keadaan. Padahal, bukan lambat belajar. Cuma lambat bertindak.

8. Founder yang grow laju jaga diri VS Founder yang letih korbankan diri. Jangan tipu diri.

Tidur cukup, makan jaga, solat penuh , semua tu bukan ‘luxury‘. Itu survival seorang founder.Yang grow laju tahu , kalau dia tumbang, bisnes ikut tumbang.Yang letih pula rasa bersalah kalau rehat. Nak tidur pun rasa macam berdosa. Oxford Journal of Entrepreneurship tulis: Self-care bukan gaya hidup. Ia strategi kepimpinan.

Ingat ni. Kalau anda rasa selalu letih, bukan sebab anda lemah. Mungkin sebab anda belum betul-betul urus bisnes anda. Anda tak tahu apa yang anda tak tahu.Ramai orang kerja keras, tapi tak semua kerja dengan bijak. Dan yang grow laju… bukan sebab mereka lebih pandai, tapi sebab mereka berani ubah cara mereka urus hidup dan bisnes. Sekarang tanya diri sendiri… Anda nak terus letih, atau mula bina bisnes yang sihat dan laju berkembang?

Ini Seruan Untuk Pendiri Bisnes Yang Nak Keluar Dari Zon Selesa dan Mula Berniaga dengan Ilmu yang berhasil.Yang ada impian nak ada perasaan seronok berniaga dengan ilmu, merdeka kewangan, merdeka masa dan bebas buat pilihan.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts