Dari Panik Tanpa Lesen, Kini Klinik Beroperasi dengan Sistem Mantap

Hari itu saya duduk termenung di meja makan. Surat lesen operasi klinik masih belum sampai. Dalam hati, saya bertanya perlahan, “Betul ke aku buat keputusan yang gila ni?”

Saya, Dr. Shahneza Ahmad, pengasas U.n.i Dental Petra Jaya, memang cintakan dunia pergigian. Saya suka melihat orang tersenyum tanpa rasa malu. Tapi bab bisnes? Terus terang, saya kosong.

Marketing? Branding? Urus staf? Semua itu hanya teori yang saya pernah dengar. Saya tak pernah urus sebuah pasukan, tak pernah fikir tentang strategi pelanggan, apatah lagi mengendalikan operasi klinik. Malam-malam saya tak lena tidur… risau kalau klinik nanti sunyi, risau kalau silap langkah, risau kalau semua usaha ini berakhir dengan kegagalan.

Dalam keadaan serba kelam-kabut itu, Allah temukan saya dengan bimbingan Mastermind FunnelEvo.

Beberapa minggu pertama, saya mula sedar bahawa mengurus bisnes bukan sekadar tunggu pelanggan datang. Saya belajar cara membina pasukan yang percaya dengan visi saya, bagaimana menyusun SOP supaya semua orang tahu peranan masing-masing, dan bagaimana memastikan setiap pesakit dilayan dengan penuh perhatian.

Hari pembukaan, walaupun banyak yang masih saya tak tahu, saya berdiri di kaunter dengan hati yang lebih tenang. Saya nampak staf saya bergerak ikut peranan, jadual pesakit berjalan lancar, dan semua tahu apa yang perlu dilakukan. Itu buat saya rasa ya, aku boleh pimpin pasukan ini.

Alhamdulillah, sekarang masuk tahun kedua saya di Mastermind. Saya sedar… kekuatan sebuah bisnes bukan pada berapa cepat kita dapat hasil, tapi pada sejauh mana kita mampu bina sistem yang membolehkan pasukan bergerak dengan yakin walau tanpa kita di sisi.

Bisnes ini berdiri atas usaha dan pengorbanan ramai pihak, tapi ada satu orang yang paling kuat di sebalik berdirinya Klinik Pergigian U.n.i Dental Petra Jaya.

Alhamdulillah Allah izin. Dialah orang HR, akaun, manager semuanya dia. Hari ini, saya nak ucap Selamat Bersara kepada tuan Khairul Fahmi, suami tercinta yang sejak dulu sentiasa menyokong tanpa jemu, dan kini sepenuhnya berkhidmat untuk klinik ini.

Circle Mastermind bukan sekadar ajar strategi, tapi menjadi sumber kekuatan. Mereka buat saya percaya, bisnes bukan tekanan… ia peluang. Peluang untuk membina impian, membantu orang lain, dan mencipta kehidupan yang kita mahu.

Kalau saya yang dulu panik tanpa lesen pun boleh sampai ke tahap ini… saya yakin, sesiapa pun boleh. Asalkan ada keberanian untuk mula, kesediaan untuk belajar, dan sokongan yang tepat untuk terus melangkah.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Similar Posts