KA vs DAS – 5 PERKARA YANG ORANG BISNES WAJIB FAHAM

Memang seronok tengok dua usahawan Melayu Muslim ini mempromosikan produk masing-masing.
Dua-duanya ada aura, kekuatan dan kelebihan unik yang buat orang terpaku.

Nak kata model bisnes siapa lebih bagus?
Hakikatnya, dua-duanya hebat.

Yang tak hebatnya mereka yang asyik berangan nak mula bisnes, tapi sampai sekarang satu langkah pun tak bergerak.

Khairul Aming VS Dato’ Sri Alif Syukri, strategi siapa paling berjaya tarikh perhatian bagi anda dan kenapa?

Aliff Syukri – Gimik, hiburan, dan keberanian buat apa yang orang lain tak berani.
KA – Branding konsisten, kualiti premium, dan komuniti peminat yang setia menunggu setiap restock.

Kedua-duanya dah buktikan , dalam dunia live commerce, kelajuan & connection dengan pelanggan adalah senjata paling besar.

Aliff Syukri, Rekod Malaysia Book of Records , RM1 juta, 2 min 32 saat

Beliau mencatat rekod jualan terpantas (Fastest RM1 Million Handbag Sales) menerusi sesi TikTok Live RM1 juta dalam masa hanya 2 minit 32 saat (152 saat). Produk yang dijual adalah Samma Bag Denim Edition, dengan harga dari RM75 seunit. Ini telah disahkan oleh The Malaysia Book of Records.

Anggaran jumlah jualan keseluruhan sesi tersebut mencapai sekitar RM2.3 juta

Khairul Aming berjaya menjual 100,000 pek Rendang Nyet Berapi secara dalam talian dalam masa hanya 78 saat (1 minit 18 saat), dengan jumlah jualan mencecah ~RM1.8 juta.

Strateginya melibatkan dua pusingan jualan:

  • Pusingan pertama: 70,000 pek habis dalam 30 saat, menjana ~RM1.2 juta.
  • Pusingan kedua: 30,000 pek habis dalam 48 saat selepas itu.

30,000 paket Rendang Nyet Berapi KA habis dalam 30 saat. RM1.2 juta masuk macam peluru.

Aliff Syukri pula, RM1 juta dalam 2 minit 32 saat, lebih 100,000 orang tengok live serentak.

Hebat? Memang hebat.

Tapi kalau anda hanya tengok angka, anda akan terus rasa diri kecil dan tak mampu.

Sebab yang penting bukan berapa laju mereka jual, tapi apa yang buat mereka mampu jual se-laju itu.

5 perkara yang usahawan boleh belajar:

1. Audience Dibina, Bukan Dibeli.

KA tak keluarkan iklan berjuta untuk satu malam. Dia bina penonton setia setiap hari dengan konten konsisten.

Aliff Syukri cipta attention sampai orang masuk live bukan sebab produk, tapi nak tengok apa dia buat.

Usahawan yang malas bina audience akan terus bergantung pada nasib.

2. Kenal Siapa Pelanggan Anda.

KA tahu pelanggannya suka kualiti, suka cerita di sebalik produk.

Aliff Syukri tahu pelanggannya suka hiburan, kejutan, drama.

3. Kalau anda tak kenal pelanggan, anda akan jual macam tembak peluru buta.

Sistem Kena Sedia Sebelum Meletup

Kalau stok tak cukup atau penghantaran lembab, semua hype akan mati.

KA dan Aliff Syukri boleh bergerak pantas sebab sistem logistik mereka sudah siap.

4. Usahawan yang tak bersedia akan ‘terkubur’ bila order masuk bertubi-tubi.

Berani Berbeza

KA kekal dengan gaya premium dan storytelling.

Aliff Syukri berani buat perkara yang orang lain tak berani buat.

Kalau anda cuma ikut cara orang lain, anda hanya akan jadi salinan, bukan pilihan.

5. Konsisten Itu Senjata Rahsia.

Tiada kejayaan kilat tanpa kerja bertahun-tahun.

KA konsisten di media sosial, DAS konsisten muncul di hadapan orang.

Usahawan yang suka lompat-lompat strategi tak akan sampai ke garisan penamat.

“Jangan cuma kira berapa juta orang buat. Kira berapa lama mereka bina untuk dapat juta itu. Sebab angka hanyalah keputusan akhir, proses itu pelajaran sebenar.”

Similar Posts