Ini Strategi ‘Papa Laris’ Yang Ramai Tak Mampu Tiru
“RM1.5 juta dalam masa 2 minit 32 saat.”
103 ribu mata memandang
2 minit 32 saat
1.5 juta
Dato’ Sri Aliff Syukri bin Kamarzaman break Malaysia Book Of Record! Pembelian beg secara Live Streaming paling pantas.
Ramai terlopong. Ramai juga yang jadi juri. Dia banyak duit.. Tapi inilah realitinya, Dato’ Sri Aliff Syukri, atau lebih dikenali sebagai Papa Laris, sekali lagi mencipta sejarah.

Tapi kejayaan ni bukan magik. Ia disusun. Ia dirancang. Ia adalah hasil daripada strategi marketing penuh kontroversi yang tak semua orang sanggup buat , tapi jelas sekali, berkesan luar biasa.
Apa sebenarnya yang dia buat sampai boleh pecah Malaysia Book of Records?
Mari kita bedah strategi ‘gila’ yang mungkin ramai tak mampu hadam:
1. Warm-Up Audience: Live Setiap Hari Sebelum Launch.
Sebelum pelancaran beg RM1.5 juta itu, beliau buat live setiap hari selama beberapa bulan. Ini bukan konten sembang kosong. Ini strategi build momentum.
Audience jadi ketagih, terpaku tunggu next episode Papa Laris macam menonton siri Netflix.
2. Main Sentimen & Isu Semasa.
Beliau bukan sekadar jual produk. Beliau jual emosi.
Dan dia tahu, isu semasa adalah bahan bakar viral.
- Isu saman beg viral – terus dijadikan skrip utama konten.
- Isu Diva AA – terus diangkat jadi bahan promo.
- Masuk hospital – sentimen penyakit ain, tarik simpati rakyat.
Ini semua bukan gimik kosong tapi strategi ‘emotionally-triggered marketing’.
3. Munculkan Anak Sebagai Watak Baru.
Tiba-tiba muncul Ammar, anak lelaki. Tak lama selepas itu, anak perempuan pula muncul di media sosial.
Ini bukan kebetulan , ini strategi positioning.
Setiap kemunculan ada ‘plot twist’, ada jalan cerita. Sama seperti memperkenalkan watak baru dalam filem Marvel.
4. Guna Hospital Sebagai ‘Stage Drama’.
Ramai ingat itu hanya konten. Tapi sebenarnya, beliau memang betul betul sakit.
Tapi bila dah memang minat apa dibuat, terbaring pun beliau live.
Kita? Selsema terus cuti dua hari.
5. Objektif Jelas: Target RM1 Juta & Malaysia Book of Record.
Beliau tak main sembunyi-sembunyi.
Siap umum target RM1 juta secara terbuka.
“Kalau you all support saya, jom pecahkan rekod negara!”
Ini strategi crowd movement, buat orang rasa mereka sebahagian daripada kejayaan Papa Laris.
Dan akhirnya…
RM1.5 JUTA dalam 2 MINIT 32 SAAT.
6. Isu Jet Peribadi: Kontroversi Baru, Attention Bertambah.
Baru-baru ini tular pula gambar jet peribadi yang dikatakan milik beliau.
Ramai netizen kecam. Ramai pertikai.
Tapi Papa Laris senyap tanpa perlu jawab panjang, hanya dengan satu dua video ‘teasing’, beliau naikkan lagi momentum sebelum produk terbaru dilancarkan.
Jet tu bukan semata-mata simbol kekayaan, ia adalah simbol positioning. Buat orang bercakap, buat orang cari.
Dalam dunia Papa Laris: “Dikecam itu promosi percuma.”
Kontroversi + Konsisten = Result
Strategi Aliff Syukri tak semua orang boleh tiru. Kenapa?
Kerana ia perlukan:
- Stamina dalam bisnes buat live hari-hari
- Kebijaksanaan cipta drama dari isu
- Keberanian jadi ‘luar biasa’ di lautan orang biasa
Apa Kita Boleh Belajar Dari Strategi Papa Laris?
✅ Orang beli kerana emosi, bukan semata produk.
✅ Storytelling cipta demand luar jangkaan.
✅ Momentum lebih penting dari bajet iklan besar.
✅ Bila orang benci turn it into hype, bukan padam api.
“Ramai usahawan cuba tiru Papa Laris. Tapi tak semua faham strategi di sebalik drama.”

Tahniah Dato’ Sri Aliff Syukri!
Kami di FunnelEvo ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dato’ Sri Aliff Syukri atas kejayaan luar biasa pelancaran Book of Record handbeg yang mencatat jualan RM1.5 juta hanya dalam masa 2 minit 32 saat!
Ini bukan sekadar jualan, tapi satu benchmark baharu dalam dunia bisnes digital tanah air. Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan strategi yang betul, branding yang kuat dan kepercayaan pelanggan nothing is impossible.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada lebih ramai usahawan Malaysia untuk berani mencuba, terus belajar dan tak takut mencipta kelainan.Hari ini, nak berniaga bukan sekadar buka kedai dan tunggu pelanggan.
Hari ini, siapa kuasai perhatian dialah kuasai duit.
Dan suka atau benci, Papa Laris adalah master attention era ini