“Saya Gadai Barang Kemas, Buka Kedai Hari Pertama PKP – Tapi Saya Tak Menyesal!”

Dari guru biasa ke founder bisnes jutaan ringgit. Ini kisah luar biasa Puan Nurmunirah Abdul Rahman.

Daripada Kapur ke Kuali Langkah Berani Seorang Wanita Biasa
Sebelum dikenali sebagai pengasas Nasi Kerabu Tumis Munie, Puan Nurmunirah hanyalah seorang guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah swasta di Kuantan. Waktu malam pula, mengajar tuisyen demi kelangsungan hidup.

Tapi jauh dalam hati, ada satu impian yang membara membina sesuatu dengan air tangan sendiri.

Pada usia 18 tahun, beliau mula menjual makanan ibu dan ayah di sekolah. Tapi pada umur 30 tahun, beliau serius bina jenama sendiri iaitu Nasi Kerabu Tumis Munie.

“Mak pergi secara tiba-tiba. Saya tak sempat beri apa-apa. Saya tak mahu ulang benda yang sama pada arwah abah.”

Beliau nekad tinggalkan kerjaya guru. Dan lebih luar biasa, suaminya juga sanggup berhenti kerja tetap selepas 15 tahun, semata-mata untuk jadi tulang belakang bisnes.
Ini bukan kisah duit semata-mata. Ini tentang cinta, masa dan pengorbanan.

Rebrand jenama selepas 3 tahun, gara-gara ditiru pihak lain. Dari Nasi Kerabu Sedak Dooh, terpaksa bermula semula dengan nama baru.

Modal RM40,000 habis, barang kemas tergadai, hanya untuk buka kedai fizikal pertama dan malangnya, buka pada hari pertama PKP 2.0. Pernah Cash On Delivery (COD) sendiri dari rumah ke rumah, hanya berdua dengan suami tersayang.

Tahun 2025, Puan Nurmunirah daftar sebagai peserta Mastermind di bawah FunnelEvo. Dari situ, hidup dan bisnes berubah 180 darjah.

APA YANG BERUBAH?

  1. Arah bisnes semakin jelas – Bukan sekadar survive, tapi strategik.
  2. Sales harian capai RM10,000+, sesuatu yang mustahil sebelum ini.
  3. Sales weekdays naik 25% – bukan tunggu weekend baru laku.
  4. Staf lebih cekap & bersemangat, pandai upsell, saling bantu.
  5. Pengurusan lebih sistematik, tak lagi kelam kabut.

“Ilmu digital bukan pilihan. Ia keperluan. Siapa tak ikut arus, akan hanyut. Siapa belajar, akan naik lebih cepat dan jimat masa.”

Puan Nurmunirah bukan sekadar jual Nasi Kerabu.
Beliau sedang membina legasi, yang lahir dari air mata, pengorbanan, dan keyakinan. Jika beliau mampu bangkit dari detik paling sukar, anda juga boleh.

Soalnya sekarang berani atau tidak?

Impian anda, tiada siapa akan kejar kecuali anda sendiri.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !