8 Tahun Jadi Staf, Kini Menjadi Partner Bisnes – Tapi Bisnes Stuck Sampai Rasa Nak Give Up, Kini Berjaya Hit Sales Dengan Berguru!

Ramai orang nampak kecantikan luaran klinik estetik, tapi tak ramai tahu betapa peritnya perjuangan dalaman seorang wanita bernama Dr. Syairah Nadia, atau lebih dikenali sebagai Dr. Syai, pengasas bersama Radiant Clinique Sdn Bhd yang terletak di Bukit Jelutong dan Seksyen 9 Shah Alam.

Dr. Syai mulanya bukan usahawan. Beliau merupakan seorang pegawai perubatan yang berkhidmat dalam sektor kerajaan. Tetapi apabila jiwa mula tertarik dengan bidang estetik, beliau sedar untuk serius dalam bidang ini, beliau perlu berhijrah ke sektor private.

Sudah bersama Radiant Clinique selama 8 tahun bermula dari sebelum Covid tetapi setelah 3 tahun, di beri kepercayaan untuk menguruskan Radiant Clinique dan pada 2024 di beri tawaran untuk menjadi partner bisnes

Waktu itu, Radiant bukan klinik kritikal. Semasa pandemik, klinik terpaksa tutup. Tiada rawatan. Tiada pelanggan. Dan lebih mencabar, gaji dipotong separuh.

Namun satu hari, pengasas klinik, Dr. Rasool nampak sesuatu dalam diri beliau. Lalu tawarkan peluang menjadi rakan kongsi.

Selepas pandemik, klinik kembali beroperasi. Tapi dari segi jualan, paling tinggi pun RM150,000 sebulan itupun hanya sekali sekala. Masuk tahun 2024, sales mula jatuh mendadak. Pelbagai ikhtiar dah dibuat tapi tetap tak naik.

Waktu itu, barulah beliau terfikir “Mungkin selama ni saya rasa saya betul, tapi sebenarnya ada banyak benda yang saya tak tahu…”

Dr. Syai tidak pernah berguru dengan mana-mana mentor bisnes sebelum ini. FunnelEvo adalah yang pertama.

Kerana beliau rasa bisnes dah terlalu stuck, dan tahu dia perlukan seseorang untuk tunjuk jalan. Klinik ada potensi, tapi tanpa strategi yang betul, ia akan terus begitu.

Jadi beliau ambil keputusan untuk join FunnelEvo dan hadir ke kelas-kelas bisnes.

Dan inilah yang berlaku selepas itu…

Perubahan Selepas Join FunnelEvo

  1. Mula nampak punca kenapa bisnes tak naik selama ni – struktur lemah, tak ada strategi jangka panjang.
  2. Ubah cara fikir dan cara urus bisnes daripada sekadar ikut rasa kepada ikut sistem.
  3. Sales mula naik semula selepas beberapa bulan konsisten hadir kelas dan buat tindakan.
  4. Dari rasa putus asa, kini beliau kembali semangat dalam “full gear mode”.
  5. Tak lagi main cuba-cuba, tapi dah ada roadmap yang jelas untuk grow.

Kisah Dr. Syai membuktikan satu perkara bisnes yang nampak cantik di luar, belum tentu sihat di dalam.

Dan kadangkala, kita tak perlukan produk baru atau tukar lokasi…

Kita cuma perlukan ilmu dan mentor yang betul.

Jika anda pun sedang rasa stuck macam Dr. Syai dulu, mungkin sekarang giliran anda pula untuk cari mentor dan ubah nasib bisnes anda.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !