7 Wake-Up Call Dari Shenzhen Untuk Founder Bisnes Malaysia Baru-baru ini, Funnelevo berpeluang ke Shenzhen, China bersama 16 syarikat, 15 founder dan 11 key leader & partner.

Kami ke sana bukan untuk melancong. Tapi untuk belajar. Dan hasilnya? Kami pulang bukan dengan cenderahati. Tapi dengan tamparan realiti tentang cara kerja, sistem dan mindset bisnes yang sepatutnya sudah kita capai. 1. “Time Is Money. Efficiency Is Life.” – Falsafah Hidup Mereka Setiap minit di Shenzhen bernilai. Tiada ruang untuk ‘nanti-nanti’. Tiada istilah ‘tunggu dulu’.

Apa pengajarannya? Di Malaysia, ramai founder masih bangga buat semua sendiri. Tapi di Shenzhen, mereka bina sistem bukan jadi sistem. Kalau kita terus lambat, bisnes kita bukan perlahan… tapi perlahan-lahan mati. 2. Founder Tak Buat Semua – Tapi Letak Orang Betul Di Tempat Betul BYD, antara pengeluar EV terbesar dunia, tak dibina oleh satu orang hebat. Tapi oleh sistem yang hebat, dan pasukan yang tahu fungsi masing-masing.
Apa pengajarannya? Kalau anda masih semua benda nak pegang sendiri — itu bukan bijak, itu bahaya. Bisnes hanya akan grow bila founder tahu delegate, automate dan duplicate. 3. Keputusan Guna Data, Bukan Agak-Agak Founder di Shenzhen bangun pagi buka dashboard, bukan skrol media sosial. Semua keputusan mereka berdasarkan data dan angka — bukan emosi dan spekulasi.

Apa pengajarannya?
Kalau kita masih buat keputusan guna “rasa“, jangan pelik kalau strategi tak menjadi. Data is your compass. 4. KPI Bukan Slogan, Tapi Kompas Prestasi “Buat yang terbaik” bukan KPI. Di sana, setiap staf ada sasaran jelas, ukuran prestasi, dan feedback berkala.
Apa pengajarannya? Kalau team kita blur dan tak perform, kemungkinan besar KPI kita kabur. Bila KPI jelas, barulah prestasi boleh dinilai dan diperbaiki. 5. Sistem & Automasi Jadi Asas Pertumbuhan Dari kilang hingga ke servis pelanggan — semua guna sistem. Bukan sebab nak jimat, tapi sebab nak cepat, tepat, dan scalable.

Apa pengajarannya?
Kita kena berhenti fikir “buat manual” sebagai default. Sistem bantu anda grow tanpa hancur. 6. Upgrade Team? Naik Taraf Diri Dulu. Ramai founder salah fokus — nak staf perform, tapi diri sendiri tak pernah upgrade.
Apa pengajarannya? Di Shenzhen, founder adalah pelajar paling rajin. Kalau kita tak sanggup belajar benda baru, jangan harap team akan jadi luar biasa. Team hebat lahir dari leadership yang mahu berubah. 7. Nak Kejar Sales Tak Salah, Tapi Jangan Jadi Founder Yang Lemah Sales juta-juta pun tak guna kalau founder:
- Tak stabil emosi.
- Terlalu micromanage.
- Ego tinggi.
- Tak nak belajar.
- Suka bertangguh.
Apa pengajarannya?
Kadang-kadang yang menghalang bisnes kita… bukan staf, bukan ekonomi tapi kita sendiri. Penutup: Shenzhen Bukan Sekadar Lokasi, Tapi Cermin Perjalanan ke Shenzhen ini buat kami sedar: Bila kita lambat bertindak, dunia tak tunggu kita. Kalau anda nak grow bisnes anda, Nak ubah cara kerja, Nak bina sistem dan pasukan berprestasi tinggi…
Sertai kami dalam program khas:
AMAZING FOUNDER: Grow Bisnes Lebih Laju Sesi realistik untuk bantu founder ubah cara fikir, cara urus dan cara buat untung — dalam keadaan ekonomi yang mencabar. Jangan biar ego tahan kemajuan. Bertindak sekarang.
Daftar sekarang di amazingfounder.com