Tahun 2014 adalah titik perubahan besar buat Maziyatunnur Adam. Ketika masih bekerja sebagai Project Engineer dalam industri Oil & Gas, beliau menerima berita yang mengejutkan — ditawarkan VSS (Voluntary Separation Scheme). Saat itu, beliau baru sahaja membeli rumah, mempunyai komitmen bulanan yang besar, dan masa depan kelihatan kelam.
Namun, di situlah bermulanya kisah luar biasa ini.

Tanpa pejabat, tanpa dana besar, tanpa jaminan kejayaan — Maziyatunnur tekad untuk bermula. Beliau bergabung dengan partner-bisnes memulakan bisnes dalam industri pembinaan. Segalanya bermula secara kecil-kecilan — jumpa klien di bawah pokok, di kedai makan, dan di ruang awam. Tiada pejabat. Tiada struktur organisasi. Hanya niat dan keazaman untuk bertahan.
Ketika mula berniaga pada usia 35 tahun, gaji bulanan hanyalah RM500 tetapi komitmen peribadi seperti rumah dan kereta masih perlu dilunaskan. Saat itu, ramai akan patah semangat. Tetapi tidak bagi beliau.
Minat yang mendalam terhadap bisnes dan ditambah dengan latar belakang keluarga usahawan menjadikan beliau tetap berdiri walau digoncang ribut.
Pada tahun 2018, hasil daripada usaha konsisten, syarikat BRBD ENGINEERING SDN BHD ditubuhkan secara rasmi. Nama BRBD sendiri membawa falsafah menarik , Buat Rumah Bincang Dulu , yang menggambarkan pendekatan profesional, telus dan mesra pelanggan yang menjadi tunjang syarikat.
Namun, perjalanan tidak semudah disangka.
Antara pengalaman mencabar yang sukar dilupakan termasuklah klien yang membawa parang ketika sesi pembinaan kerana isu perebutan tanah keluarga, serta kejadian rumah senget yang memaksa projek dirobohkan kerana kesilapan melantik staf yang tidak kompeten.
Dari situ, beliau sedar , membina pasukan yang betul adalah kunci pertumbuhan syarikat.
Penyertaan dalam program Mastermind FunnelEvo menjadi titik tolak kepada transformasi sebenar:
- Halatuju syarikat menjadi lebih jelas
- Proses pemasaran dan database lebih tersusun dengan penggunaan sistem Kuasa
- Staf toksik dibersihkan, budaya kerja baru diterapkan
- Tugas disusun, kerja dideligasi dengan lebih efisien
- Sales terus meningkat secara konsisten setiap tahun:
Malah dengan strategi yang dipelajari, syarikat juga pernah berjaya menutup jualan bernilai RM200,000 dalam masa hanya 3 hari sahaja.
Menurut Puan Maziyatunnur, ilmu digital sangat penting dalam dunia bisnes hari ini. Trend marketing sentiasa berubah. Usahawan perlu sentiasa belajar dan bergerak bersama arus.
“Jangan ulang kesilapan orang lain. Cari mentor yang betul supaya kita tak pijak lubang yang sama dalam bisnes.”
Kisah ini membuktikan satu perkara penting , kejayaan bukan tentang modal besar atau pejabat cantik. Ia tentang kesungguhan, pembelajaran berterusan, dan keberanian untuk terus melangkah walau dalam serba kekurangan.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!