Kenapa Penting Untuk Menyederhanakan Proses Dalam Bisnes?

Pernah rasa proses kerja dalam bisnes terlalu memenatkan, ambil masa lama dan banyak tenaga tapi hasilnya tak seberapa? Mungkin masanya sudah tiba untuk anda simplify the process.

1. Proses Rumit Menyebabkan Banyak Kesan Negatif

  • Bila proses kerja terlalu kompleks, ia akan:
  • Mengambil masa lebih lama untuk disiapkan.
  • Meningkatkan kos operasi (lebih masa = lebih gaji, lebih penggunaan tenaga & sistem)
  • Menyebabkan beban kerja tidak seimbang antara staf.
  • Membuatkan staf cepat penat dan hilang motivasi.

Contohnya, bayangkan dua orang staf anda buat kerja yang sama tapi guna dua sistem berbeza. Hasilnya? Kerja lambat siap, banyak langkah ulang-alik dan tenaga yang dibazirkan.

2. Simplify Tak Bermakna Potong Kualiti
Ramai majikan takut bila dengar perkataan “simplify” – risau servis jadi cincai. Tapi sebenarnya menyederhanakan proses bukan potong kualiti, tapi buang langkah yang tak perlu atau berulang.

Contoh langkah yang patut dikaji semula:

  • Double entry data ke dalam dua sistem
  • Flow approval yang terlalu banyak lapisan
  • Format report yang tak digunakan pun

3. Kelebihan Bila Proses Disederhanakan

  • Operasi lebih efisien: kerja siap lebih cepat dan teratur
  • Kos lebih rendah: jimat masa, sistem dan tenaga manusia
  • Staf lebih fokus: boleh tumpu pada kerja yang lebih penting dan beri impak tinggi
  • Skalabiliti mudah: bila proses ringkas, bisnes lebih senang untuk scale up

4. Tips Untuk Mula Simplify Proses

  • Audit proses sedia ada – kenalpasti langkah yang lambat, berulang atau tak perlu
  • Libatkan staf – tanya mereka sendiri apa yang menyusahkan dan boleh diperbaiki
  • Gunakan sistem yang betul – kadang-kadang satu sistem all-in-one boleh ganti 3 tools berasingan
  • Ukur hasil perubahan – bandingkan masa, kos dan hasil selepas proses dipermudahkan

Dalam dunia bisnes yang pantas, siapa yang paling ringkas dan fokus – dialah yang akan menang. Jadi, jangan takut untuk menilai dan menyusun semula proses kerja. Bila proses jadi lebih mudah, semua orang dalam syarikat akan bekerja dengan lebih cemerlang.

Mulakan dengan satu proses hari ini – simplify dan nikmati perbezaannya.

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !