Pernah tak berlaku situasi, tengah ramai pelanggan beratur… tiba-tiba ada seorang datang terus nak dilayan cepat sebab dia “kenal bos” atau dia “urgent”?
Kalau tak diurus dengan betul, boleh cetuskan ketegangan — bukan saja dengan pelanggan lain, tapi juga tekanan pada staf.
Jadi, macam mana nak hadap situasi begini dengan profesional dan tenang?
3 Langkah Bijak Urus Customer ‘Potong Queue’:
1. Sediakan Team Backup Yang Boleh Cover
Pastikan ada seorang team backup yang versatile — biasa buat kerja admin atau jaga stok — tapi boleh segera bantu jika berlaku situasi tak dijangka di kaunter.
Ini penting supaya operasi di barisan utama tak terganggu, dan pelanggan lain tak perlu tunggu lebih lama dari sepatutnya.
2. Latih Staff Untuk Urus Pelanggan VVIP
Bukan semua pelanggan sama. Ada yang high value, ada yang betul-betul urgent. Staff kena ada soft skill untuk kenal pasti jenis pelanggan ini dan tahu cara komunikasi yang betul.
Contoh: “Tuan, terima kasih kerana datang. Kami akan bantu segera. Boleh saya bawa Tuan ke ruangan khas sementara saya panggil team khas untuk bantu?”
3. Wujudkan Ruang Khas Untuk Pelanggan ‘Urgent’
Jika premis anda ada ruang lebih, sediakan satu sudut khas atau bilik kecil untuk pelanggan yang perlukan servis pantas atau privasi.
Ruang ini bukan untuk ‘menganak-emaskan’ sesiapa, tapi untuk elakkan ketegangan di barisan menunggu dan jaga imej syarikat.
Bukan semua pelanggan akan ikut giliran — dan itu realiti yang perlu diterima dalam dunia servis.
Yang penting, kita ada sistem dan persediaan untuk urus mereka dengan profesional, tenang dan bijak, supaya pelanggan lain tetap rasa dihargai, dan pelanggan ‘urgent’ pula rasa dilayan.
Win-win untuk semua.

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!