Ramai pemilik klinik pening nak tetapkan KPI untuk staf kaunter. Tak tahu nak ukur dari mana, dan akhirnya staf pun blur-blur buat kerja harian tanpa arah yang jelas. Artikel ini akan bantu anda tetapkan KPI yang mudah, realistik dan boleh bantu naikkan prestasi klinik anda.
1. Mula Dengan Jumlah Appointment Mingguan.
Langkah pertama, tengok jumlah temujanji yang dibuat dalam seminggu. Contohnya, kalau klinik anda dapat 50 appointment seminggu – itu jadi asas kiraan anda.
Ini penting supaya kita tahu berapa banyak kerja yang sebenarnya masuk melalui kaunter.
2. Kira Peratus Kehadiran Pesakit.
Daripada 50 appointment tu, berapa yang benar-benar datang?
Contohnya:
✅ 40 orang hadir
❌ 10 orang tidak hadir
Jadi, benchmark kehadiran anda adalah 80%. Anda boleh tetapkan KPI staff kaunter untuk pastikan kehadiran pesakit kekal 80% atau lebih setiap minggu.
3. Tetapkan KPI Conversion Dari Leads ke Appointment.
Contoh: Kalau ada 100 leads masuk (WhatsApp, call, DM), staf kaunter perlu berjaya tukarkan sekurang-kurangnya 20%-30% kepada appointment.
Ini menunjukkan tahap kemahiran closing & komunikasi staf kaunter. Kalau leads banyak tapi appointment rendah, mungkin skill follow-up atau komunikasi perlu dibaiki.
4. Appointment Hadir = Peluang Tinggi Untuk Closing.
Lagi ramai pesakit datang, lagi tinggi peluang untuk doktor buat rawatan atau jual produk berkaitan.
Maknanya, kerja staf kaunter bukan setakat jawab telefon – tapi mereka adalah ‘barisan depan’ yang tentukan aliran pesakit dan sales harian.
Staf kaunter bukan sekadar penjaga telefon. Mereka antara watak penting yang bantu klinik berkembang. Dengan tetapkan KPI yang jelas – seperti kehadiran pesakit & kadar conversion – mereka akan lebih fokus, bertanggungjawab dan tahu apa yang perlu dicapai setiap minggu.
Nak staf perform? Bagi mereka arah yang jelas. KPI bukan tekanan, tapi petunjuk kejayaan!

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!