5 Soalan Interview Untuk Ambil Staf Kekal Lama Dalam Syarikat

Ramai Calon ‘Hilang’ Lepas 2-3 Hari? Guna Teknik Ini Semasa Interview untuk Tapis Pekerja Betul-Betul Serius.

Pernah tak anda ambil team, baru masuk 2 hari, tiba-tiba tak datang kerja? Masalah ini sangat biasa dalam industri pengeluaran atau mana-mana industri SME. Tapi sebenarnya, ada cara untuk tapis awal-awal supaya kita tak buang masa dan duit. Salah satu teknik yang berkesan — teknik “Bottom-to-Top Interview”.

Berikut adalah 5 langkah penting untuk memastikan anda ambil calon yang berkualiti dan benar-benar nak kerja:

1. Guna Teknik “Bottom-to-Top” Interview.

Ramai majikan hanya fokus pada pengalaman kerja calon. Tapi pengalaman di atas kertas tak semestinya bermakna mereka cekap di lapangan. Dengan teknik Bottom-to-Top, kita mula dari soalan-soalan praktikal dan situasi sebenar — bukan sekadar tanya “Pernah kerja di mana?”

2. Buat Ujian Kerja (Skill Test).

Nak tahu mereka betul-betul tahu guna mesin atau tak? Suruh mereka tunjuk depan-depan.
Contohnya:

“Ini mesin ‘sealing’, cuba tunjuk cara anda nak guna dan setting.”
Kalau calon gelabah atau langsung tak tahu, itu petanda mereka tak bersedia.

3. Tanya Soalan Critical Thinking.

Bukan semua kerja ada SOP yang jelas. Kadang-kadang perlu cepat buat keputusan.
Contoh soalan yang boleh ditanya:

“Kalau mesin tiba-tiba rosak masa tengah jalan, apa langkah pertama yang anda akan buat sebelum panggil supervisor?”
Jawapan mereka akan tunjuk sama ada mereka faham proses kerja atau sekadar ikut-ikut saja.

4. Tetapkan Jangkaan Gaji dari Awal.

Ramai yang kerja 2-3 hari lepas tu hilang sebab gaji tak seperti yang mereka sangka.
Tanya terus semasa interview:

“Berapa gaji yang anda harapkan?”
Bandingkan dengan bajet syarikat dan terus bincang. Jika tak selari, tak perlu buang masa.

5. Buat Semakan Latar Belakang (Background Check).

Langkah ini ramai majikan terlepas pandang. Hubungi bekas majikan mereka.
Tanya soalan mudah:

“Adakah dia datang kerja ikut masa?”
“Adakah dia jenis bertanggungjawab?”
Maklumat ini sangat penting untuk elakkan ambil pekerja ‘panas-panas tahi ayam’.

Masalah pekerja operator yang hilang lepas beberapa hari boleh dikurangkan kalau kita bijak tapis dari awal. Gunakan teknik Bottom-to-Top, buat ujian kerja, dan pastikan komunikasi gaji jelas. Jangan ambil mudah proses interview — ia adalah pintu masuk kepada kualiti tenaga kerja anda.

Nak hasil yang konsisten? Kena mula dengan proses ambilan yang teliti.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Tuan Fadhil Rasul, Team Development Specialist bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !