4 Cara Nak Tetapkan KPI dan SOP untuk Team, Termasuk Team Content


Pening kepala bila team tak tahu nak buat apa? Atau hasil kerja tak konsisten dan jauh dari expectation?
Inilah tanda-tanda team anda masih belum ada KPI dan SOP yang jelas.

Nak team perform dengan baik? Anda perlu tetapkan arah yang jelas. KPI dan SOP bukan sekadar kertas kerja, tapi peta jalan untuk capai matlamat syarikat.

1. Kenapa KPI dan SOP Penting untuk Team

    • KPI (Key Performance Indicator) dan SOP (Standard Operating Procedure) membantu:
    • Semua ahli team faham tugas dan sasaran.
    • Elak kerja yang berulang atau tidak efektif.
    • Menilai prestasi dengan jelas dan adil.
    • Kekalkan kualiti dan konsistensi hasil kerja.

    Tanpa KPI dan SOP, team akan bekerja “ikut rasa”, dan itu boleh jejaskan jenama dan produktiviti.

    2. Contoh KPI untuk Team Content

      Berikut antara contoh KPI yang anda boleh tetapkan untuk pasukan kandungan:

      Jumlah Kandungan Dihasilkan Setiap Bulan

      • 15 video pendek TikTok
      • 5 artikel blog
      • 30 posting Instagram

      Engagement & Reach Target

      • Engagement rate: Sekurang-kurangnya 5%-10% dari jumlah followers.

      Reach: Contohnya, minimum 10,000 impressions setiap minggu.

      Konsistensi dan Pematuhan Timeline

      • Semua content mesti siap dan dijadualkan ikut kalendar kandungan yang telah ditetapkan.

      3. Contoh SOP untuk Team Content

        SOP ini akan jadi panduan tetap setiap kali mereka buat kerja. Contohnya:

        Proses Semakan

        • Semua video perlu disemak dan diluluskan oleh ketua sebelum dipost.

        Guna Template & Guideline Syarikat

        • Caption, tone bahasa, dan visual mesti ikut brand guideline yang telah ditetapkan.

        Proses Hantar Tugasan

        • Guna satu platform khusus (contoh: Trello/Notion/Google Drive) untuk hantar dan semak tugasan.

        Format Fail & Penamaan

        • Semua fail mesti dinamakan ikut format yang sama, contoh: IG_Post_Mei2025_ProdukABC.jpg

        4. Tips Untuk Pastikan KPI & SOP Berfungsi

          • Libatkan team semasa tetapkan KPI – Bila mereka faham dan setuju dengan target, mereka lebih bersemangat capai KPI.
          • Buat sesi refresh SOP setiap 3-6 bulan – Untuk tambah baik ikut perubahan semasa.
          • Gunakan tools pengurusan projek – Seperti Asana, ClickUp atau Trello untuk pantau tugasan harian.

          KPI dan SOP bukanlah perkara rumit, tapi ia mesti jelas dan konsisten. Bila setiap ahli team tahu apa yang perlu dicapai dan bagaimana nak capainya, barulah kerja jadi lebih lancar, berkualiti dan berimpak tinggi.

          Nak team yang “perform”? Mulakan dengan struktur yang betul hari ini.

          Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Tuan Fadhil Rasul, Team Development Specialist bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

          Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

          Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

          Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

          Jangan lupa share artikel ini

          Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

          Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

          Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

          Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

          DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

          Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

          Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !