Penat Berniaga Tapi Duit Tak Masuk: Cabaran Peniaga Bila Pembeli Tak Bayar Hutang- Ini 5 Tips Untuk Peniaga!

Ramai peniaga kecil dan sederhana sanggup beri hutang demi nak jaga hubungan pelanggan dan pastikan jualan jalan. Tapi bila pembeli mungkir janji, peniaga juga yang tanggung beban – tertekan, pening, dan kadang-kadang terpaksa tutup kedai.

Berikut 5 perkara penting yang perlu difahami dan dibuat oleh peniaga yang terlibat dalam urus niaga secara hutang:

1. Jangan Takut Cakap Awal Tentang Syarat Bayaran

Ramai peniaga segan nak letak syarat bayaran sebab takut pelanggan lari. Tapi sebenarnya, bila kita letak syarat dari awal – contoh “Bayaran dalam 7 hari”, “Deposit 50% dahulu” – kita bukan hanya jaga duit kita, tapi kita ajar pelanggan supaya lebih berdisiplin.

Tip: Gunakan invois bertulis atau WhatsApp rasmi supaya ada bukti bertulis jika berlaku sebarang isu.

2. Kenal Pelanggan Anda – Bukan Semua Patut Diberi Hutang

Pelanggan tetap pun boleh jadi liabiliti kalau kita terlalu longgar beri hutang. Nilai dulu kemampuan mereka. Kalau mereka selalu tangguh atau bagi alasan, bertegas atau tawarkan cara lain seperti bayaran ansuran automatik.

Tip: Gunakan sistem rekod pelanggan untuk pantau sejarah bayaran mereka. Jangan bergantung pada ingatan semata-mata.

3. Pisahkan Emosi Dengan Kewangan

Ramai peniaga ‘terperangkap’ sebab rasa simpati, segan atau takut hilang pelanggan. Tapi perlu ingat – perniagaan bukan hal peribadi. Kita pun ada komitmen dan tanggungan. Kalau emosi mengatasi logik, bisnes boleh lingkup.

4. Gunakan Sistem – Bukan Janji Mulut

Ramai peniaga tak ada sistem kutipan yang teratur. Bila pelanggan lambat bayar, kita pula yang rasa bersalah nak ‘follow up’. Sebenarnya, bila ada sistem reminder automatik (melalui SMS, WhatsApp atau email), kita tak perlu ‘bermuka tebal’ setiap kali nak tuntut hutang.

Cadangan: Guna apps seperti Billplz, EasyStore, atau sistem POS yang ada fungsi “credit sales” dan automatik reminder.

5. Ambil Tindakan Bila Perlu – Jangan Biarkan Hutang ‘Membiak’

Bila pelanggan tak bayar dan kita biarkan, itu tanda kita izinkan mereka buat perkara yang sama lagi. Beri amaran rasmi. Kalau perlu, hantar surat tuntutan atau gunakan pihak ketiga (agen kutipan hutang atau peguam) untuk bantu.

Ingat: Berniaga bukan soal ‘baik hati’ semata. Kita juga perlu ‘bijak urus’ untuk jaga aliran tunai syarikat.

Peniaga yang bijak bukan yang paling banyak jual barang, tapi yang paling pandai jaga duit masuk. Memberi hutang memang satu bentuk kepercayaan – tapi jangan sampai kepercayaan itu memusnahkan bisnes sendiri.

Nak terus berniaga, kita kena tegas, sistematik dan profesional – walaupun dengan pelanggan paling rapat sekalipun.

Sesi ini di petik khas dari sesi Amazing Breakfast FunnelEvo bersama Tuan Rahman Basri, Marketing Specialist.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !