1. Apa Cerita Dengan e-Invois Ni?
Kerajaan Malaysia tengah buat langkah baru untuk urus cukai dengan lebih moden dan teratur. Jadi, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan wajibkan penggunaan e-Invois — termasuklah kat platform popular macam TikTok Shop.
Mulai 1 Julai 2025, TikTok Shop akan mula guna sistem e-Invois ni. Penjual kena mula serah maklumat yang diperlukan selewat-lewatnya hujung Mei 2025. Kalau tak ikut? TikTok Shop boleh bekukan pengeluaran duit dari dompet penjual!
2. Kenapa Penjual e-Dagang Kena Ambil Tahu?
Menurut panduan daripada LHDN, TikTok Shop wajib keluarkan e-Invois untuk setiap transaksi yang berlaku atas platform tu. Maknanya, setiap jualan korang akan direkod dan dijadikan bukti pendapatan rasmi.
Ni bagus sebenarnya – sebab:
- Memudahkan simpan rekod kewangan korang
- Senang nak buat kira-kira untuk cukai
- Elak masalah dengan LHDN nanti
Nak info lebih lanjut? Boleh tengok website rasmi LHDN (DI SINI).
Tarikh-Tarikh Penting
- 1 Julai 2025 – Tarikh TikTok Shop mula kuatkuasakan e-Invois.
- Sebelum hujung Mei 2025 – Penjual mesti serah semua maklumat yang diminta.
Kalau tak hantar ikut masa atau tak dapat kelulusan, fungsi ‘withdraw’ duit dari dompet TikTok Shop korang boleh dibekukan!
3. Apa Penjual Perlu Buat Sekarang?
Sebelum Julai 2025, pastikan anda:
- Semak info dan dokumen yang TikTok Shop perlukan.
- Hantar semua maklumat tu ikut arahan yang diberi.
- Pastikan semuanya lengkap dan lulus.

Nota:
- Sijil Pendaftaran Perniagaan mestilah sah semasa tarikh penyerahan.
- Dokumen Profil/Maklumat Perniagaan SSM mestilah bertarikh dalam tempoh 12 bulan sebelum tarikh penyerahan.
- Untuk maklumat lanjut tentang pendaftaran SSM bagi Pemilikan Tunggal, sila rujuk artikel ini
- Cara mengemukakan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) saya dalam Pusat Penjual
- [Untuk Penjual Baru]pada PC Pusat Penjual, di bawah Akaun Saya
- Pergi ke Pusat Penjual TikTok Shop > Akaun Saya > Tetapan Akaun > Cukai

- Pada halaman Cukai, klik Kemas Kini
- dalam tetingkap timbul berikut, isikan nombor TIN anda dan medan yang berkaitan. Kemudian, klik Serah

4. Apakah Keperluan Yang Perlu Dipenuhi Oleh Penjual Sedia Ada?
Bagi penjual sedia ada, terdapat maklumat/keperluan tambahan yang perlu diserahkan
A. Individu & Perusahaan Tunggal

B. Corporate

5. Apakah Yang Akan Berlaku Jika Saya Tidak Menyerahkan Maklumat Yang Diperlukan Sebelum Tarikh Akhir?
Kegagalan untuk menyerahkan dan mendapatkan kelulusan selewat-lewatnya pada 1 Julai 2025 akan mengakibatkan tindakan penguatkuasaan, seperti pembekuan fungsi pengeluaran dompet penjual. Fungsi pengeluaran dompet penjual akan diteruskan sebaik sahaja penjual menyerahkan maklumat yang diperlukan dan mendapatkan kelulusan daripada TikTok Shop.
Sumber rujukan : TikTok University
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!