5 Cara Convert Marketing Jadi Sales yang Efektif!

Ramai usahawan dah buat marketing, tapi kenapa masih susah nak dapat sales? Mungkin bukan sebab orang tak nampak iklan, tapi sebab mesej kita tak “kena” dengan apa yang pelanggan perlukan. Jom belajar cara yang lebih berkesan untuk ubah usaha marketing jadi jualan sebenar!

1. Faham Siapa Pelanggan Anda.

Jangan buat iklan sembarangan. Fahami dulu siapa target anda, apa masalah mereka? Apa impian mereka? Bila anda betul-betul faham emosi dan keperluan pelanggan, barulah mesej marketing anda jadi “dekat di hati”.

2. Tawarkan Offer yang Memang Tak Boleh Ditolak.

Bukan sekadar jual produk, tapi berikan value yang tinggi. Contohnya: bonus percuma, jaminan pulangan wang, diskaun terhad, atau bundling menarik. Pastikan tawaran anda buat pelanggan rasa “rugi kalau tak beli sekarang.”

3. Follow-Up Guna Strategi Retargeting.

Ramai pelanggan perlukan masa sebelum buat keputusan beli. Gunakan retargeting untuk iklankan semula pada mereka yang dah pernah klik, tengok atau komen. Ini bantu kekalkan bisnes anda dalam fikiran mereka.

4. Konsisten Buat Kempen Marketing.

Jangan harap satu kali iklan boleh hasilkan jualan besar. Jalankan kempen yang konsisten dengan gabungan 3 elemen penting:

  • Selling: fokus pada produk dan promosi.
  • Branding: bina kepercayaan dan imej jenama.
  • Retargeting: kejar semula pelanggan yang hampir beli.

5. Cadangan Bonus: Remarketing.

Ramai pelanggan ‘hilang’ lepas kali pertama tengok iklan. Buat kempen remarketing khas untuk mereka — contohnya melalui email, iklan pixel, atau mesej WhatsApp. Ulang mesej dengan cara berbeza, sampai mereka yakin untuk buat pembelian.

Marketing tanpa strategi susulan ibarat pancing tak letak umpan. Faham pelanggan, beri tawaran padu, dan konsisten follow-up — itu kunci untuk tukar marketing jadi jualan yang nyata.

Nota : Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Naqib, marketing strategist.

Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!

Apa yang anda dapat?

  1. Sesi Business Review PERCUMA!
  2. Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
  3. Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.

Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !