Ramai usahawan kecewa bila dah labur besar untuk marketing — FB Ads, IG Ads, content berderet keluar — tapi sales masih sendu. Masalah sebenar mungkin bukan pada iklan… tapi pada asas strategi anda.
1. Tak Kenal Siapa Pelanggan Sebenar.
Ramai usahawan hanya “agak-agak” siapa pelanggan mereka. Tanpa data dan pemahaman jelas, iklan jadi umum dan tak menyentuh emosi atau keperluan sebenar audience.
2. Jual Kepada Semua Orang.
“Produk ni semua orang boleh guna.” — Ini satu perangkap besar. Bila target terlalu luas, mesej jadi kabur. Bisnes yang berjaya biasanya fokus pada satu segmen khas terlebih dahulu.
3. Tak Validasi Produk Sebelum Launch.
Produk atau servis dikeluarkan tanpa diuji dahulu di pasaran. Hasilnya? Banyak bajet habis untuk promote sesuatu yang orang tak minat, tak faham, atau tak sanggup beli.
4. Tak Faham Konsep Customer Avatar.
Tanpa customer avatar (profil pelanggan ideal), mustahil nak cipta kempen marketing yang tepat. Anda perlu tahu umur, pekerjaan, masalah, impian dan gaya hidup pelanggan sasaran anda.
5. Marketing Tak “Match” Dengan Masalah Pelanggan.
Walaupun iklan cantik, copywriting power, tapi jika tak selesaikan masalah sebenar pelanggan — mereka tetap tak beli. Marketing bukan tentang menjual, tapi tentang membantu.
Sebelum terus tambah bajet marketing, buat kajian pasaran kecil-kecilan. Kenal pasti siapa yang betul-betul perlukan produk anda dan kenapa mereka perlukan ia. Bila jelas, barulah marketing lebih berkesan dan sales akan mula naik.
Contoh Skrip Survey Pelanggan (boleh guna untuk temuramah atau Google Form)
Tujuan: Kenal pasti siapa pelanggan sebenar dan apa masalah mereka.
1. Siapa anda?
- Nama:
- Umur:
- Pekerjaan:
- Lokasi:
2. Apakah masalah utama anda yang berkaitan dengan [produk/servis anda]?
(Contoh: untuk skincare — “kulit kusam”, “jerawat tak hilang”, dll)
3. Apa yang anda dah cuba sebelum ini untuk selesaikan masalah tu?
4. Kenapa anda belum jumpa solusi yang betul-betul berkesan?
5. Jika ada produk/servis yang boleh bantu anda, apa yang anda harap ia boleh buat?
6. Berapa bajet yang anda sanggup bayar untuk solusi yang berkesan?
Template Customer Avatar
Nama Avatar: (Contoh: Sarah Si Kerani, Ali Si Peniaga Kecil)
1. Maklumat Umum:
- Umur:
- Jantina:
- Status: (Bujang/Berkahwin/Anak)
- Pekerjaan & Pendapatan:
- Lokasi:
2. Masalah Utama:
- Apa masalah harian mereka yang berkaitan dengan produk anda?
- Apa yang buat mereka tertekan atau susah hati?
3. Matlamat & Impian:
- Apa yang mereka nak capai?
- Gaya hidup bagaimana yang mereka impikan?
4. Tingkah laku pembelian:
- Suka beli online/offline?
- Aktif di media sosial apa?
- Responsif terhadap jenis iklan macam mana?
5. Halangan:
- Apa yang menghalang mereka dari beli?
- Adakah faktor harga, kepercayaan, atau kekurangan maklumat?

Nota : Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Naqib, marketing strategist.
Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!
Apa yang anda dapat?
- Sesi Business Review PERCUMA!
- Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
- Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.
Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!