Dari RM700 Sebulan ke Ratusan Ribu Setahun: Kisah Inspirasi Puan Taj Mahal Hashim!

Ketika orang lain seusianya sibuk bermain, Puan Taj Mahal Hashim sudah belajar erti kehilangan. Ayah yang disayangi pergi buat selama-lamanya ketika beliau baru berusia 11 tahun. Tinggallah seorang ibu, bersendirian membanting tulang sebagai pembantu rumah, dengan gaji RM700 sebulan — cukup-cukup untuk sekadar sesuap nasi dan sehelai baju buat anak-anak.

Di sebalik kesempitan hidup itu, lahir seorang gadis kecil yang menyimpan impian besar.
Dengan semangat yang diwarisi daripada ibunya yang tabah, Puan Taj membuka Youmi Mandarin Centre — hanya bermula secara part-time, mengajar bahasa Mandarin secara dalam talian. Tiada pejabat besar, tiada billboard mewah. Hanya keyakinan dan kesungguhan yang tidak pernah padam.

Selepas bertahun-tahun bertatih, akhirnya beliau membuat keputusan berani — berhenti kerja dan fokus sepenuhnya pada Youmi. Tahun pertama sebagai usahawan sepenuh masa, beliau berjaya mencatat jualan RM99,000.
Satu angka yang menjadi saksi kepada titisan air mata, pengorbanan dan doa yang tidak pernah berhenti.

Tidak berhenti di situ, beliau terus menuntut ilmu. Selepas menyertai program Mastermind, segala-galanya berubah.

  • Jualan melonjak kepada RM226,000.
  • Team Youmi berkembang: 3 guru bahasa Mandarin, 2 live host yang berbakat besar — seorang model, content creator, seorang lagi trainer berpengalaman.
  • Ramai yang kini beratur menghantar resume untuk menjadi sebahagian daripada Youmi.

Dan lebih membahagiakan, Puan Taj kini menikmati sesuatu yang paling mahal — kebebasan masa. Beliau malah sempat menyambung pengajian ke peringkat Master sambil mengembangkan bisnes.

“Ilmu digital dalam bisnes itu WAJIB. Cari guru yang betul, tuntut ilmu tanpa henti, dan jangan pernah putus asa. Berniagalah bukan sekadar mencari duit, tetapi untuk menjadi manfaat kepada orang lain, dan sebagai bekalan ke akhirat.”

Hari ini, Youmi Mandarin Centre bukan sekadar sebuah pusat pembelajaran. Ia adalah simbol ketabahan seorang wanita yang membuktikan: kesusahan hidup bukan alasan untuk tidak berjaya.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !