PERNAH TERTEKAN KERJA KILANG, SEKARANG MEMILIKI EMPAYAR SENDIR!

Pernahkah anda rasa hidup ini terlalu menghimpit… sampai satu hari, anda terduduk dan bertanya: “Sampai bila aku nak hidup macam ni?”

Itulah yang dirasai oleh Puan Saidatul Rohayu suatu ketika dulu. Seorang wanita biasa, bekerja sebagai kerani di sebuah kilang simen. Setiap hari perlu tempuhi perjalanan jauh, berhadapan tekanan majikan yang tak henti-henti mendesak. Hatinya makin lama makin sesak. Sampai satu hari… beliau nekad. Berhenti.

Pada tahun 2010, ketika berusia 26 tahun, Puan Saidatul mengambil langkah berani untuk bantu suami buka kedai kecil menjual makanan haiwan. Lokasinya? Di atas tanah pusaka keluarga. Kedainya kecil, panas, dan pelanggan pun tak ramai. Sales? RM30,000 setahun pun susah nak dapat.

Modal terlalu sedikit. Tiada staf, tiada kelengkapan. Banyak kerja terpaksa diserah pada orang luar sebab tak mampu urus sendiri. Tapi Puan Saidatul tetap teruskan.

Tapi beliau tak pernah berhenti. Hati kecilnya percaya: “Kalau aku tak give up hari ni, mungkin esok hidup aku berubah.”

Kenapa Join FunnelEvo?

“Saya buta IT. Guna handphone lama. Tak tahu pun macam mana nak guna media sosial. Tapi saya tahu, zaman dah berubah. Kalau saya tak belajar, saya akan terus ketinggalan.”

Masuk ke dalam program Mastermind FunnelEvo pada Ogos 2024, adalah titik tolak yang mengubah seluruh hidup beliau.

Alhamdulillah Selepas Menyertai FunnelEvo;

  1. Mula berani guna media sosial, tulis copywriting sendiri dengan bantuan ChatGPT.
  2. Renovate kedai demi keselesaan pelanggan dan staf.
  3. Tambah staf: team sales, marketer, dan dalam perancangan tambah lagi.
  4. Dah mula keluar dari operasi, kini fokus sebagai pemimpin dan pemantau.
  5. Komunikasi dalam team makin harmoni – operasi dan management seiring.
  6. Sales meningkat 2 kali ganda – capai RM465,000 pada tahun 2024
  7. Berjaya membeli kereta idaman yang lebih besar untuk keluarga.

Apa Yang Membuat Kisah Ini Luar Biasa?Kerana Puan Saidatul bukan datang dari dunia yang ‘senang’. Beliau bermula dari bawah, dengan tangan kosong, ilmu sifar, dan penuh ujian.
Tapi hari ini, beliau membuktikan satu perkara penting:

Jika kita tak mampu ubah dunia, ubahlah diri kita dahulu. Dunia akan ikut berubah kemudian.

Kisah ini bukan hanya tentang seorang wanita bangkit dari tekanan dan kejatuhan. Ia kisah tentang keberanian untuk mencuba. Kecekalan untuk terus belajar. Dan kepercayaan bahawa kita semua layak berjaya, asal kita tak berhenti melangkah.

“Saya bukan sesiapa. Tapi saya pilih untuk berubah. Dan perubahan itulah yang bawa saya ke sini hari ini.” – Puan Saidatul Rohayu, Founder AD ONE EMPIRE

Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada semua wanita dan usahawan yang sedang berjuang. Jangan pernah rasa anda sendirian. Perjalanan anda belum tamat… mungkin kejayaan anda, sedang menunggu di langkah seterusnya.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !