Ramai usahawan mula dengan enterprise (milikan tunggal) kerana kos permulaan yang rendah dan proses pendaftaran yang mudah. Tapi bila bisnes makin berkembang, adakah patut tukar kepada Sdn. Bhd.? Keputusan ini bukan sekadar soal nama – ia melibatkan struktur, cukai, kepercayaan pelanggan, dan juga potensi pertumbuhan jangka panjang.
Berikut adalah 5 tips penting untuk bantu anda membuat keputusan dan persediaan sebelum tukar kepada Sdn. Bhd.:
1. Pastikan Untung Bersih Konsisten RM10,000 Sebulan ke Atas
Tanda paling jelas anda dah layak pertimbang Sdn. Bhd. ialah bila untung bersih konsisten RM10,000 sebulan atau RM120,000 setahun. Ini kerana:
- Anda dah mula masuk kategori pendapatan cukai tinggi untuk enterprise.
- Struktur Sdn. Bhd. boleh bantu kurangkan beban cukai melalui kadar cukai korporat yang lebih rendah untuk RM150,000 pertama (17%).
- Peluang untuk rekod kewangan lebih tersusun dan boleh tarik pelabur atau pinjaman bank dengan lebih mudah.
2. Sediakan Dokumen Kewangan Secara Teratur
Salah satu syarat penting bila anda dah jadi Sdn. Bhd. ialah audit tahunan wajib. Maka, pastikan anda:
- Guna sistem perakaunan yang betul (contoh: AutoCount, SQL, QuickBooks).
- Simpan semua invois, resit pembelian, penyata bank dan dokumen berkaitan.
- Upah akauntan atau bookkeeper untuk pastikan semua kemaskini dan audit-ready.
Audit bukan sekadar formaliti – ia tunjukkan kredibiliti bisnes anda.
3. Faham Kos Tambahan yang Terlibat
Struktur Sdn. Bhd. memerlukan anda bersedia dengan beberapa kos tetap:
- Company secretary: RM60–RM150 sebulan bergantung pada servis.
- Audit tahunan: Bermula RM1,500 ke atas (ikut saiz syarikat).
- Filing cukai (Form C): Perlu hantar kepada LHDN setiap tahun.
- Yuran tahunan SSM: Sekitar RM1,000 setahun.
Jika cashflow belum stabil, elakkan tergesa-gesa buat pertukaran. Kaji bajet dahulu.
4. Pastikan Anda Ada Rakan Kongsi yang Sah (jika bukan pemilik tunggal)
Untuk Sdn. Bhd., anda perlukan minimum 1 pengarah dan 1 pemegang saham (boleh individu yang sama). Tapi jika ada rakan kongsi:
- Pastikan ada perjanjian saham (shareholders agreement).
- Tetapkan hak dan tanggungjawab setiap pengarah dari awal.
- Rancang struktur pegangan saham dengan jelas.
Langkah ini penting untuk elak konflik masa depan bila syarikat makin besar.
5. Fikirkan Potensi Bisnes ke Hadapan
Tukar ke Sdn. Bhd. bukan hanya untuk jangka pendek, tapi untuk persediaan:
- Masuk tender projek kerajaan (Sdn. Bhd. lebih diterima).
- Buka peluang pelaburan luar – lebih mudah dapat kepercayaan pelabur.
- Skala bisnes dengan sistem lebih profesional.
- Pisahkan aset peribadi dan aset syarikat – satu langkah penting untuk perlindungan undang-undang.
Tukar dari enterprise ke Sdn. Bhd. bukan wajib, tapi ia strategic move bila bisnes anda dah stabil. Jangan buat hanya sebab nak nampak gah – pastikan anda cukup bersedia dari segi kewangan, dokumentasi dan mindset pengurusan.
Kalau anda masih ragu-ragu, dapatkan nasihat dari akauntan atau company secretary profesional. Keputusan yang bijak hari ini boleh selamatkan banyak masalah esok hari.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Nak Bisnes Anda Terus Berkembang? FunnelEvo Ada Jawapannya!
Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!
Apa yang anda dapat?
- Sesi Business Review PERCUMA!
- Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
- Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.
Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!