5 Kriteria Penting Memilih Akauntan dan Admin yang Boleh Dipercayai!

Ramai usahawan ambil mudah bila melantik akauntan dan admin, tapi hakikatnya, silap pilih staf kewangan boleh merosakkan aliran tunai dan reputasi syarikat. Akauntan bukan sekadar “tahu key in” — mereka adalah ‘mata dan telinga’ kewangan dalam bisnes anda. Jadi, bagaimana nak pastikan anda ambil orang yang betul?

Berikut adalah 5 kriteria penting dalam memilih akauntan dan admin terbaik untuk syarikat anda:

1. Mahir Sediakan Full Set of Accounts.

Akauntan bukan sekadar catat transaksi. Mereka mesti mampu sediakan full set of accounts — termasuk Penyata Untung Rugi, Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) dan rekonsiliasi bank. Ini penting untuk anda pantau prestasi sebenar syarikat setiap bulan dan elakkan kesilapan besar dalam pengurusan cukai atau audit.

2. Laporan Kewangan Disiapkan Tepat Pada Masanya.

Seorang akauntan yang baik boleh sediakan laporan Untung Rugi dalam tempoh 1–7 hari setiap bulan, bukan tunggu hujung tahun. Laporan ini membantu anda buat keputusan penting seperti tambah stok, ambil pekerja baru atau urus hutang dengan lebih bijak.

3. Tahu Susun Dokumen dengan Sistematik untuk Tujuan Audit.

Audit boleh jadi proses yang menakutkan kalau dokumen anda berterabur. Akauntan dan admin yang cekap akan pastikan semua resit, invois, baucar dan penyata bank disimpan ikut sistem, supaya bila audit datang — semua dah tersedia. Ini juga elak masalah dengan LHDN.

4. Mampu Membentangkan Laporan Secara Jelas dan Mudah Difahami.

Bukan semua pemilik bisnes ada latar belakang akaun. Jadi, bonus besar jika akauntan anda boleh bentangkan laporan kewangan dengan ringkas dan jelas. Ini menunjukkan mereka bukan sekadar faham angka — tapi juga faham bisnes anda.

5. Lakukan Semakan Latar Belakang Sebelum Ambil Kerja.

Jangan terpedaya dengan resume cantik. Hubungi bekas majikan calon untuk sahkan pengalaman dan sikap kerja mereka. Anda nak pekerja yang jujur, teliti dan boleh dipercayai untuk pegang hal kewangan syarikat anda.

Pilih akauntan dan admin bukan setakat cari orang yang tahu guna sistem akaun. Cari individu yang faham aliran kewangan bisnes, boleh beri laporan tepat masa, dan bantu anda buat keputusan lebih bijak. Bila staf kewangan kuat, bisnes anda pun lebih stabil dan berkembang.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Nak Bisnes Anda Terus Berkembang? FunnelEvo Ada Jawapannya!

Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!

Apa yang anda dapat?

  1. Sesi Business Review PERCUMA!
  2. Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
  3. Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.

Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !