Apa Tindakan Jika Pekerja Tak Buat Kerja Dengan Baik? Ini 4 Langkah Profesional Yang Majikan Wajib Tahu!

Sebagai majikan, salah satu cabaran paling besar ialah bila ada pekerja yang tidak menunjukkan prestasi yang memuaskan. Tapi… nak terus buang kerja? Jangan terburu-buru. Ada cara yang lebih bijak dan profesional.

Berikut ialah 4 langkah penting yang patut diambil sebelum membuat keputusan besar:

1. Lakukan Penilaian Prestasi Secara Berkala.

Sebelum membuat apa-apa keputusan, pastikan anda ada bukti dan rekod. Penilaian prestasi ini membantu anda:

  • Mengenal pasti masalah sebenar
  • Memberi maklum balas jelas kepada pekerja
  • Merancang tindakan susulan berdasarkan prestasi semasa

Contoh: Jika pekerja gagal capai KPI selama dua bulan berturut-turut, catatkan dalam laporan penilaian.

2. Berikan Latihan atau Bimbingan (Coaching).

Kadangkala masalah bukan pada sikap, tapi pada kurangnya kemahiran.
Sediakan peluang untuk pekerja belajar dan berkembang. Anda boleh:

  • Hantar ke latihan.
  • Beri mentor dalam syarikat.
  • Adakan sesi coaching mingguan.

Contoh: Seorang staf jualan yang kurang ‘closing’ diberi latihan skrip dan role-play selama 3 minggu.

3. Keluarkan Surat Amaran Jika Tiada Peningkatan.

Kalau selepas bimbingan, masih tiada perubahan… mulakan tindakan disiplin.
Surat amaran perlu jelas dan profesional:

  • Nyatakan isu dengan spesifik
  • Tetapkan tempoh pemulihan (biasanya 1-3 bulan)
  • Simpan salinan untuk rujukan HR

Contoh: Pekerja yang tidak capai sasaran jualan selepas 3 bulan diberi surat amaran kedua.

4. Penamatan Perkhidmatan Jika Masalah Berterusan.

Ini langkah terakhir – bila semua usaha pembaikan gagal.
Pastikan:

  • Anda patuh kepada Akta Kerja dan SOP dalaman
  • Segala dokumentasi disimpan sebagai bukti
  • Pekerja diberi notis dan peluang untuk memberi penjelasan

Contoh: Selepas 6 bulan bimbingan dan 2 surat amaran, pekerja masih tidak menunjukkan perubahan. Maka, notis penamatan dikeluarkan.

Sebagai majikan, penting untuk bertindak secara profesional, bukan emosional. Pekerja yang tidak perform bukan semestinya perlu dibuang terus — berikan peluang untuk berubah, sambil lindungi syarikat dengan prosedur yang betul.

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.

Nak kekalkan team yang berkualiti? Mula dengan sistem pengurusan prestasi yang jelas.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !