Dulu mesin rumput, sekarang lighting gallery penuh pelanggan. Satu keputusan nekad, RM4 terakhir, dan doa seorang ayah — inilah permulaan kepada kisah luar biasa Tuan Muaz Jamaludin, pengasas Muaz Lighting Gallery yang terletak di Perak.
Sebelum Berniaga Hidup Di Lautan, Jauh Dari Keluarga.
Tuan Muaz bukanlah orang bisnes sejak awal. Beliau merupakan Second Engineer kapal, berkhidmat selama 13 tahun di perantauan. Namun, setelah sekian lama jauh dari anak, isteri dan ibu bapa beliau membuat keputusan terbesar dalam hidup: berhenti kerja dan pulang ke tanah air.
Pada saat ini pernah Tuan Muaz menghadapi situasi sehingga nak beli susu anak pun tak mampu. Dalam akaun tinggal RM4. Beliau pernah jadi buruh kasar, potong rumput, cat rumah, bawa Grab, kerja welding, dan macam-macam lagi demi satu harapan dan masa bersama keluarga.
Pada usia 33 tahun, Tuan Muaz mula ambil upah pasang lampu & kipas sekitar Sitiawan, Perak. Bermula kecil, penuh ujian difitnah, diugut pesaing, sampai supplier tarik diri namun beliau tetap bertahan.
Transformasi Selepas Sertai FunnelEvo Mastermind
Selepas sertai program FunnelEvo Mastermind, bisnes beliau mula naik mendadak:
- Sales pada tahun 2024 berjaya capai RM1 juta pertama!
- Kini memiliki 2 cawangan.
- Pengurusan staf lebih baik, staf faham lebih misi syarikat.
- KPI dan struktur kerja lebih tersusun
- Yang terbaru hasil iklan digital 31 rumah ambil servis wiring di bulan Ramadan!
“Zaman dah berubah. Siapa yang tak belajar ilmu digital, akan tertinggal. Dulu saya takut buat iklan, sekarang saya nampak hasilnya depan mata.”- Tuan Muaz.
Dari seorang krew kapal ke pengusaha lighting berjaya, kisah Tuan Muaz bukan sekadar tentang rezeki tapi tentang keberanian, maruah, dan kasih kepada keluarga.
Jika anda sedang ‘jatuh’ sekarang, mungkin giliran anda pula untuk bangkit… dengan izin Tuhan, dan usaha yang tidak berhenti.
Nak jadi usahawan luar biasa?
Bermula dari ilmu.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!