Ramai usahawan sibuk kumpul database, tapi lepas tu… senyap sunyi. Database yang tak diurus dengan betul umpama emas yang tersimpan dalam peti tapi tak pernah diguna. Nak tahu macam mana nak hidupkan database dan tukarkan mereka jadi pelanggan setia? Ini strategi mudah tapi powerful!
1. Buat Group WhatsApp atau Telegram.
Langkah pertama, bina komuniti. Jemput pelanggan masuk ke dalam group WhatsApp atau Telegram. Di sinilah tempat anda berhubung, berkongsi info, dan bina hubungan. Pelanggan akan rasa dekat dengan brand anda bila ada komunikasi dua hala yang aktif.
2. Simpan Data Dalam CRM Seperti KUASA.
Kalau simpan maklumat pelanggan dalam Excel atau buku nota, itu belum cukup strategik. Gunakan sistem CRM seperti KUASA untuk simpan data pelanggan dengan lebih tersusun. Anda boleh jejak pembelian, follow-up, dan segmentasi pelanggan dengan lebih mudah. Makin teratur, makin mudah nak buat kempen pemasaran nanti.
3. Wujudkan Loyalty Program.
Berikan ganjaran kepada pelanggan yang kerap membeli. Contohnya:
- Beli 5 kali, dapat diskaun 10%
- Beli RM500 ke atas, dapat hadiah misteri
Program kesetiaan macam ni bukan saja buat pelanggan gembira, tapi juga boost pembelian berulang.
4. Guna Konsep GAS – Give, Ask, Sell.
Ini formula yang terbukti berkesan untuk engage pelanggan secara berstrategi:
- Give (Beri) – Kongsi tips berguna, panduan, atau hadiah percuma. Contohnya, kalau anda jual produk kecantikan, bagi video tutorial atau e-book penjagaan kulit.
- Ask (Tanya) – Libatkan pelanggan. Tanya apa yang mereka perlukan, apa cabaran mereka. Ini juga beri signal bahawa anda ambil berat.
- Sell (Jual) – Bila hubungan dah terjalin dan kepercayaan terbina, barulah anda buat tawaran. Peluang untuk close sale lebih tinggi sebab pelanggan dah sedia!
Mengurus pelanggan selepas kumpul database bukan sekadar hantar promosi secara rawak. Ia tentang bina relationship, beri nilai, dan jual dengan bijak. Bila anda urus database dengan betul, pelanggan akan rasa dihargai — dan mereka akan terus datang balik.
Nak mula? Pilih satu langkah dari atas dan terus laksanakan hari ini!

Nota : Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Naqib, marketing strategist.
Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!
Apa yang anda dapat?
- Sesi Business Review PERCUMA!
- Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
- Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.
Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!