Rahsia Kempen Marketing 3 Langkah: Strategi Padu Untuk Kekalkan Untung Bisnes!

Nak Bisnes Kekal Untung? Ini Cara Buat Kempen Marketing Yang Power!

Ramai usahawan buat marketing, tapi tak semua dapat hasil yang konsisten. Kalau asyik habis duit iklan tapi tak nampak untung, mungkin strategi tu perlu dikaji semula. Sebenarnya, kempen marketing yang berjaya bukan sekadar “jual-jual” je – tapi kena ada strategi yang lengkap dan tersusun.

Jom kita tengok cara paling simple tapi berkesan untuk bina kempen marketing yang bantu bisnes kita kekal untung.

1. Kumpul Pelanggan Dulu, Jangan Terus Jual!

First step yang selalu orang skip – kumpul leads. Macam mana nak jual kalau tak ada orang nak dengar kita promote, kan?

Antara cara paling mudah:

  • Bagi lead magnet – contohnya ebook percuma, diskaun khas atau tips berguna.
  • Buat webinar atau sesi live – tarik minat prospek untuk kenal brand kita.
  • Guna QR code dekat booth, poster atau packaging – senang orang nak scan dan masuk database.
  • Free consultation – bagi mereka rasa “value” dulu.
  • Referral system – galakkan pelanggan bawa kawan-kawan masuk juga!

2. Urus Pelanggan Macam Jaga Emas

Dah ada database, jangan biar sejuk. Kita kena pandai nurture dan jaga relationship dengan pelanggan.

Tools yang boleh guna:

  • WhatsApp Group – simple tapi efektif kalau guna betul.
  • CRM system – contohnya macam sistem Kuasa, boleh susun data pelanggan ikut kategori.
  • Buat engagement selalu – bagi info, update produk, offer special dan sebagainya.
  • Rancang loyalty program – bagi ganjaran kat pelanggan setia, buat mereka rasa dihargai.

3. Perah Pelanggan Dengan Bijak (Bukan Perah Duit!)

Maksudnya, kita maximize setiap pelanggan yang dah ada. Jangan harap pelanggan baru je.

Teknik yang boleh guna:

  • Upsell – contoh, “nak tambah RM10 je untuk dapat size besar?”
  • Cross-sell – bila orang beli baju, offer tudung sekali.
  • Buat kempen launching untuk produk baru – cipta excitement dan urgency.

Marketing bukan sekadar “boost post” dan harap ada yang beli. Kena ada strategi tiga langkah ni – kumpul, urus dan perah pelanggan. Bila kita faham flow ni, bisnes kita akan lebih stabil, untung pun makin konsisten.

Kalau dah penat jual tapi tak nampak hasil, mungkin dah sampai masa untuk ubah cara.

Nak mula dengan langkah pertama dulu – kumpul pelanggan, okay?

Nota : Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Naqib, marketing strategist.

Serius nak capai jualan RM1 juta pertama hingga RM10 juta?
Kami di FunnelEvo sedia membantu anda dengan Business Review yang khas untuk usahawan seperti anda. Inilah peluang untuk dapatkan bimbingan eksklusif dari pakar-pakar kami yang sudah terbukti berjaya!

Apa yang anda dapat?

  1. Sesi Business Review PERCUMA!
  2. Panduan langkah demi langkah untuk melonjakkan jualan.
  3. Teknik dan strategi untuk meningkatkan hasil bisnes secara konsisten.

Berminat?
Jangan lepaskan peluang ini! Daftar sekarang untuk sesi Business Review secara percuma bersama team FunnelEvo. Cuma beberapa langkah sahaja lagi untuk bisnes anda berkembang lebih pesat!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !