Bayangkan seorang jurutera wanita muda, terjun ke dunia bisnes fesyen pakaian dan dalam masa beberapa tahun, berjaya capai jualan lebih RM1 juta sempena Ramadan. Bukan itu saja, jenama beliau kini tersenarai dalam TOP 3 SOGO! Tapi perjalanan Puan Afrina Arzani bukan semudah yang disangka…
Dari graduan civil engineer ke pengurus 4 Cawangan kedai pakaian.
Puan Afrina merupakan graduan jurusan kejuruteraan awam. Namun, sejak di bangku sekolah lagi, beliau sudah terbiasa membantu dalam bisnes keluarga. Minat terhadap perniagaan mula bercambah ketika tahun kedua pengajian. Pada waktu itu umur beliau baru 21 tahun.
Sebaik sahaja tamat pengajian, beliau terus diberi tanggungjawab penuh untuk menguruskan 4 cawangan pakaian milik keluarganya. Walaupun awalnya sekadar ingin “tolong keluarga”, lama-kelamaan beliau jatuh cinta dengan dunia perniagaan dan buat keputusan untuk teruskan legasi 29 tahun bisnes pakaian keluarga.
Antara saat paling mencabar buat Puan Afrina adalah ketika PKP melanda. Bisnes yang selama ini aktif secara fizikal terus shutdown. Tiada staf online, tiada ilmu. Saat ini beliau hanya mampu ‘ikut-ikut orang’. Selepas bisnes kembali stabil secara offline, beliau terjebak dalam “comfort zone” dan abaikan semula online.
Tapi beliau tahu, kalau tak berubah… bisnes takkan ke mana.
Sebelum menyertai FunnelEvo:
- Fokus pada cawangan fizikal sahaja
- Kedai online ‘hidup segan mati tak mahu’.
- Tak tahu strategi pemasaran digital
- Buat marketing tanpa hala tuju.
- Mengalami kerugian besar sebab ‘bisnes ikut-ikut orang’.
Alhamdulillsah selepas menyertai Mastermind di FunnelEvo:
- Sales Ramadan naik daripada RM865k → RM1.08 juta!
- Berjaya dapat tempat ranking TOP 3 Brand di SOGO
- Lebih yakin untuk muncul di media sosial dan buat live jualan.
- Dah mula hire live host (walaupun masih dalam proses cari yang terbaik).
- Jualan dari TikTok mula meningkat (dulu kosong).
- Ramai pelanggan walk-in ke butik sebab nampak di media sosial.
- Diri sendiri makin ‘laju’ sebab dikelilingi circle usahawan dalam Mastermind.
“Kalau kita tak ada ilmu digital marketing, kita akan ketinggalan. Sekarang pesaing terlalu banyak. Bisnes yang dulu gah pun boleh lenyap kalau tak pandai adapt dan berkembang.”- Puan Afrina
Kisah Puan Afrina adalah bukti bila kita ada ilmu, mentor dan tindakan yang konsisten, impian kita bukan sekadar angan-angan. Anda pun boleh capai lebih besar dari ini… Jika berani buat keputusan hari ini.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!