Jelajah Mentor Bersama President Prime & President Utara!

Pada tanggal 12 & 13 Februari 2025, Tuan Fahdi Ghazali, Live & Business Growth Mentor bersama pasukan FnnelEvo, telah mengadakan lawatan eksklusif ke lokasi President Prime dan President Wilayah Utara selama dua hari. Lawatan ini bertujuan untuk sesi coaching khas bersama para usahawan serta mempererat silaturahim dalam kalangan komuniti perniagaan. Sepanjang program ini, beliau berkongsi ilmu strategik, memberikan bimbingan mendalam, serta mendengar secara langsung cabaran dan aspirasi para peserta dalam mengembangkan perniagaan mereka.

Dokoh Ratna One Stop Center – Destinasi Wajib Bakal Pengantin!

Puan Nurfelica dan Puan Fadila, President Prime di FunnelEvo, menerajui Dokoh Ratna di Sungai Petani, Kedah. Nama Dokoh Ratna diilhamkan daripada “Dokoh” (pakaian tradisi) dan “Ratna” (barang mewah), mencerminkan keunikan jenama mereka.

Menghadapi pelbagai cabaran dari segi pemasaran dan pengurusan, mereka bangkit dengan ilmu selepas menyertai FunnelEvo. Kini, jualan semakin meningkat dan cawangan kedua bakal dibuka di Penang. Puan Nurfelica percaya bahawa ilmu digital adalah kunci kejayaan bisnes moden, menjadikannya inspirasi kepada ramai wanita untuk terus maju.

Tuan Hazreen – Pakar ‘Problem Solver’ Industri!

Tuan Hazreen, pengasas Ezy Engineering Works (M) Sdn Bhd di Kamunting, Perak, terus berkembang dalam industri kejuruteraan. Beliau membuktikan bahawa bisnes tidak boleh dijalankan sendirian, sebaliknya memerlukan komuniti yang menyokong pertumbuhan dari segi perniagaan dan peribadi.

Potensi perniagaan beliau sangat besar dan berpeluang bersaing di peringkat antarabangsa dengan strategi yang betul. Baginya, berniaga bukan sekadar mencari keuntungan, tetapi membina ekosistem yang saling menguatkan.

“The Best Pasta In Town” – Pasta Port, Penang! 🍝✨

Pasta Port, Georgetown merupakan perniagaan yang dimiliki oleh Tuan Danial & Tuan Jihadi, anak didik FunnelEvo, yang kini telah membuka 7 cawangan di utara. Dengan kecintaan mereka terhadap pasta, misi mereka adalah untuk membuat semua orang turut jatuh cinta dengan hidangan ini.

Antara menu yang telah dicuba ialah Pasta Sambal Hijau, Tomyam, Beef Bolognara & Mac & Cheese, yang mendapat rating hampir 9.5/10. Dengan layanan tip top dan rasa yang luar biasa, Pasta Port menjadi destinasi ideal untuk keluarga dan pasangan. Seterusnya, mereka merancang untuk mengembangkan bisnes ke RM10-20 juta.

“Lembut-Lembut Ajer Cita Rasa Orang Kita” – KTM Pizza, Taiping 🍕

KTM Pizza di Taiping, Perak, merupakan perniagaan milik Puan Noraishah, salah seorang anak didik President FunnelEvo. Perjalanan beliau dalam dunia perniagaan sangat mengagumkan, dan dengan bimbingan FunnelEvo, hala tuju perniagaan sedang dirangka melalui Roadmap 1 To 10 Million.

Antara menu killer yang menjadi kegemaran pelanggan adalah Pizza Wagyu & Lamb Perap. Bagi yang melalui Taiping, KTM Pizza adalah destinasi yang wajib dikunjungi!

Capai RM1 Juta Pertama Selepas 15 Tahun!

Saya berpeluang singgah di Pusat Rawatan An Naim Jitra, Kedah, cawangan kedua yang lebih eksklusif dengan kemudahan moden dan suasana nyaman. Seronok mendengar kisah Tuan Haji Rosli, yang selepas setahun dibimbing dalam Mastermind Circle, berjaya mencapai RM1 juta setahun pertama pada 2024 setelah 15 tahun dalam industri terapi.

Kini, beliau lebih jelas dengan misi dan visi, serta komited menyertai President Circle untuk membawa bisnesnya ke tahap lebih tinggi. Perubahan kecil dalam bisnes boleh memberi impak luar biasa!

Tahniah Tuan Haji Rosli! Road to 3-5 juta seterusnya! Semoga Pusat Rawatan An Naim terus berkembang dan memberi manfaat kepada ramai. Ameen!

Lawatan ini bukan sekadar sesi coaching, tetapi satu peluang berharga untuk membina jaringan kukuh antara usahawan. Dengan ilmu dan strategi yang dikongsikan oleh Tuan Fahdi Ghazali serta pasukan FnnelEvo, para peserta kini lebih bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh dalam perniagaan masing-masing. Semoga silaturahim yang terjalin terus erat dan ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk kejayaan bersama.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !