Minat keusahawanan ini terus berkembang apabila beliau melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi, di mana beliau berjinak-jinak dengan perniagaan menjual air teh ais secara kecil-kecilan di tepi jalan. Namun, beliau terpaksa menghentikan perniagaan tersebut dan mencuba pelbagai jenis pekerjaan sebelum kembali berniaga semula apabila pandemik melanda.
Salah satu pengalaman yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika beliau dihina oleh pelanggan semasa menjual air teh ais di tepi jalan. Seorang ibu pernah berkata kepada anaknya di hadapan Tuan Hanif, “Adik nak tahu kenapa mama suruh belajar bersungguh-sungguh? Supaya adik tak jadi macam abang ni.” Kata-kata itu begitu menusuk hati, tetapi tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha.
Dari situ, beliau beralih kepada menjual motosikal terpakai secara kecil-kecilan, juga hanya dari rumah selama lebih setahun.
Cabaran awal membuka kedai juga bukan mudah. Beliau pernah tersilap mengambil pekerja yang sebenarnya adalah kawan sendiri. Pekerja tersebut tidak mempunyai ilmu dalam bidang permotoran dan hanya menghabiskan masa di kedai dengan menonton YouTube.
Selepas menyertai FunnelEvo, banyak perubahan positif yang berlaku dalam perniagaan Tuan Hanif antaranya adalah;
- Dari segi pencapaian kewangan, sebelum ini beliau tidak pernah merekod jualan dengan teratur. Namun, pada tahun 2024, beliau mula merekod jualan dan mendapati peningkatan yang ketara. Kini beliau berjaya mengekalkan jualan melebihi RM100,000 setiap bulan dan mencatat pencapaian luar biasa dengan jualan RM1 juta pertama pada tahun 2024.
- Kini, beliau telah membina pasukan dengan staf yang menjalankan siaran langsung secara konsisten setiap hari.
- Beliau juga mempelajari cara memilih staf yang betul melalui proses temuduga yang lebih teratur dan meletakkan staf di posisi yang sesuai.
Kisah Tuan Hanif adalah bukti bahawa kegigihan, keberanian mengambil risiko, dan ilmu yang betul mampu membawa kejayaan dalam perniagaan. Beliau terus menjadi inspirasi kepada usahawan muda untuk tidak mudah menyerah dalam mengejar impian.
Tak Nak Bisnes Statik Lagi? Sertai Amazing Founder sekarang!
Grow bisnes anda dengan strategi terbukti! Kami kongsikan teknik powerful untuk tarik pelanggan, urus team dengan baik dan kekalkan momentum sales.
FunnelEvo nak jemput anda ke Amazing Founder: Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.
Jom hadir dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan berada di barisan hadapan!