Nak Motivasi Pasukan Yang Kurang Agresif? Cuba Cara Ini!
Dalam dunia perniagaan, pasukan jualan adalah tulang belakang syarikat. Tapi bila team kurang agresif, jualan pun boleh terjejas. Jadi, macam mana nak kasi semangat balik? Jom cuba cara-cara ni!
- Pantau Prestasi Dengan Teliti– Setiap ahli pasukan perlu tahu di mana tahap mereka sekarang. Buat laporan berkala yang merangkumi bilangan panggilan yang dibuat, bilangan janji temu yang dijadualkan, dan jumlah closing yang berjaya. Bila mereka nampak sendiri pencapaian, lebih mudah nak perbaiki dan tingkatkan lagi prestasi.
- Training & Booster Pagi– Ilmu adalah kunci kejayaan. Buat sesi latihan secara berkala untuk asah skill jualan seperti cara berkomunikasi dengan pelanggan, teknik mempengaruhi keputusan pembelian, dan cara menangani penolakan. Jangan lupa buat sesi booster setiap pagi! Mungkin boleh mulakan dengan kata-kata semangat, roleplay jualan, atau kongsikan kejayaan kecil team.
- Tentukan Sasaran & Ganjaran Menarik– Sasaran yang jelas boleh beri hala tuju pada pasukan. Tetapkan KPI yang spesifik seperti bilangan closing yang perlu dicapai dalam sebulan atau jumlah panggilan yang perlu dibuat setiap hari. Beri ganjaran bila mereka capai target seperti hadiah menarik, makan tengah hari percuma, atau pengiktirafan dalam group. Ganjaran ini boleh jadi motivasi tambahan untuk mereka terus berusaha.
- Bantu Mereka Dengan Content Marketing– Dalam zaman digital ni, personal branding memang penting. Galakkan team buat content marketing seperti video pendek yang memperkenalkan produk, tips berkaitan penggunaan produk, atau testimoni pelanggan. Ini bukan je tarik leads baru, tapi buat mereka lebih yakin dengan produk yang dijual.
- Bina Budaya Kerja Positif– Suasana kerja yang positif boleh tingkatkan semangat seluruh team. Raikan kejayaan kecil dengan memberi penghargaan seperti ucapan terima kasih atau pengumuman dalam group. Wujudkan komunikasi yang terbuka, galakkan kerjasama, dan sentiasa dengar pendapat mereka. Bila team rasa dihargai, mereka akan lebih bersemangat dan setia pada syarikat.
Kesimpulannya, motivasi pasukan jualan memerlukan usaha berterusan dan strategi yang tepat. Cuba praktikkan tips ni dan lihat bagaimana prestasi pasukan jualan anda melambung tinggi!
Sesi ini di petik khas dari sesi Amazing Breakfast FunnelEvo bersama Tuan Ameerul Sales Closing Specialist.
Nak dapatkan lebih banyak ilmu dan tips bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.
Jumpa di Amazing Founder