Hangpa buka restoran atau kedai makan? Cuba baca ni, kami kongsi kisah salah seorang usahawan bimbingan 1 tahun di FunnelEvo dalam bidang F&B. Ini Restoran Omar Mahmud. Restoran yang terletak di Pulau Pinang ni bukan biasa-biasa. Kisahnya penuh dengan jatuh bangun, dari pernah satu ketika hampir muflis hingga jadi salah satu restoran paling laris dengan jualan lebih RM1 juta setahun.
Pemiliknya, Puan Siti Nur Attirah Hamidi, adalah generasi ketiga yang sambung Restoran legasi Omar Mahmud keluarganya.
Pada tahun 2006, ayahnya berdepan dengan masalah besar – hampir muflis kerana kos operasi yang terlalu tinggi. Hutang? Lebih 7 angka! Tapi keluarga ni tak menyerah kalah. Mereka teruskan perniagaan dan perlahan-lahan sehinggalah berjaya selesaikan hutang tersebut.
Alhamdulillah terkini mereka tekad untuk dibimbing mengurusakan bisnes dengan cara yang betul. Apa hasil mereka selepas dibimbing?
Apa hasil mereka selepas dibimbing?
1. Peningkatan Jualan.
Pada 2023, jualan mereka mencecah RM1.14 juta. Dan pada akhir 2024, mereka berjaya capai RM1.4 juta!
2. Lebih Berani Buat Keputusan Perniagaan.
Salah satu risiko terbesar yang pernah diambil oleh Puan Attirah adalah keputusan untuk besarkan kedai. Walaupun kosnya tinggi, dia yakin langkah ini penting untuk perkembangan bisnes.
3. Aktif Hasilkan Video Content.
Puan Attirah aktif menghasilkan video content untuk mempromosikan suasana restoran dan menu, membantu menarik minat pelanggan.
4. Tambah Ruangan Makan Berhawa Dingin.
Mereka telah menambah satu unit ruangan makan berhawa dingin di tingkat dua, memberikan keselesaan tambahan kepada pelanggan.
5. Agihkan Tugas dengan Lebih Efektif.
Dulu, Puan Attirah banyak buat kerja sendiri, tapi selepas sertai program Mastermind, dia mula mahir mengagihkan tugas. Dia lantik seorang leader untuk bantu uruskan operasi. Hasilnya, bisnes lebih tersusun, dan dia dapat fokus pada pemasaran.
6. Billboard Baru.
Kini kedai mereka boleh nampak dari jauh dengan billboard baru!
Jadi, kalau Puan Attirah boleh buat, kenapa kita tak boleh? Usaha hari ini mungkin hasilnya berjuta-juta esok hari!
FunnelEvo menjemput anda untuk sertai Amazing Founder – program eksklusif yang akan mendedahkan teknik untuk:
✅ Menarik perhatian pelanggan dengan lebih berkesan
✅ Membina hubungan kukuh dengan pelanggan
✅ Mengekalkan permintaan tinggi sepanjang musim perayaan
Jangan lepaskan peluang ini! Hadir ke Amazing Founder dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan menjadi pilihan utama sepanjang musim perayaan.