Corporate Social Responsibility (CSR) atau Tanggungjawab Sosial Korporat adalah sumbangan atau bantuan yang diberikan oleh syarikat kepada komuniti, seperti membantu golongan kurang bernasib baik atau menyokong projek kemasyarakatan. Ramai pemilik perniagaan tertanya-tanya sama ada sumbangan ini boleh ditolak cukai. Jawapannya: Ya, dengan syarat tertentu.
Sumbangan yang Diterima untuk Potongan Cukai
Untuk memastikan sumbangan CSR diterima dalam pengiraan cukai, ia mestilah disenaraikan sebagai “Approved Donation” oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini bermaksud sumbangan perlu diberikan kepada organisasi atau badan yang tersenarai secara rasmi oleh LHDN sebagai penerima yang layak. Contohnya:
- Sumbangan kepada badan kebajikan berdaftar seperti rumah anak yatim dan pusat penjagaan warga emas.
- Sumbangan kepada tabung atau dana yang diluluskan oleh kerajaan seperti Tabung Bantuan Bencana Negara.
- Sumbangan kepada institusi pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Sumbangan yang Tidak Diterima untuk Potongan Cukai
Jika sumbangan tidak disenaraikan dalam kategori “Approved Donation” oleh LHDN, ia tidak akan diterima untuk potongan cukai. Ini termasuk:
- Sumbangan kepada individu secara langsung.
- Sumbangan kepada badan yang tidak berdaftar.
- Sumbangan dalam bentuk perkhidmatan atau masa tanpa nilai kewangan yang jelas.
Cara Memastikan Sumbangan CSR Diterima LHDN
Untuk memastikan sumbangan CSR layak mendapat potongan cukai, syarikat perlu:
- Semak Senarai Organisasi Diluluskan: Pastikan organisasi penerima disenaraikan oleh LHDN.
- Dokumentasi Lengkap: Simpan rekod lengkap seperti resit rasmi daripada penerima sumbangan yang menyatakan jumlah dan tujuan sumbangan.
- Bukti Visual: Jika sumbangan berbentuk barangan, simpan gambar sumbangan dengan logo syarikat yang jelas dan maklumat penerima.
- Pengisytiharan Jelas: Nyatakan tujuan sumbangan secara jelas dalam dokumentasi rasmi syarikat seperti laporan tahunan.
- Penyata Kewangan: Catatkan sumbangan dengan jelas dalam penyata kewangan syarikat.
Sumbangan CSR boleh ditolak cukai jika diberikan kepada organisasi yang diluluskan oleh LHDN dengan dokumentasi yang lengkap dan mematuhi semua syarat yang ditetapkan. Amalan ini bukan sahaja mengurangkan beban cukai syarikat tetapi juga membantu membina reputasi positif dalam masyarakat. Oleh itu, pastikan setiap sumbangan direkodkan dengan betul, disertakan dengan bukti yang kukuh, dan mematuhi syarat yang ditetapkan oleh LHDN.
Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Rebut peluang hadir ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim perayaan.
Daftar ke Amazing Founder sekarang!