5 Cara Meningkatkan Jumlah Pelanggan Melalui TikTok Live untuk Klinik!

TikTok merupakan platform yang sangat berpotensi untuk menarik pelanggan ke klinik anda jika digunakan dengan betul. Berikut adalah beberapa strategi mudah yang boleh diaplikasikan untuk meningkatkan jumlah pelanggan melalui TikTok Live:

1. Gunakan TikTok Bag Biru untuk Live Consultation.

TikTok menyediakan pelbagai pilihan semasa melakukan siaran langsung. Untuk menarik pelanggan datang ke klinik, gunakan TikTok bag biru yang sesuai untuk sesi live consultation secara langsung. Ini membolehkan anda berinteraksi dengan audiens secara lebih personal dan menjawab pertanyaan mereka secara real-time.

2. Buat Content Pendek Setiap Hari.

Sebelum melakukan siaran langsung, penting untuk meningkatkan bilangan pengikut di akaun TikTok anda. Caranya adalah dengan memuat naik video pendek secara konsisten setiap hari. Kongsi maklumat kesihatan yang berguna, tips penjagaan diri, atau fakta menarik tentang perkhidmatan klinik anda.

3. Luaskan Capaian dengan TikTok Ads.

Untuk mempercepatkan pertumbuhan audiens, anda boleh menggunakan TikTok Ads. Walaupun dengan bajet serendah RM10 sehari, iklan berbayar mampu membantu memperluaskan capaian live anda kepada audiens yang lebih besar dan berpotensi menjadi pelanggan setia klinik anda.

4. Ubah Objektif Live Mengikut Keperluan.

  • Perkhidmatan Percuma: Jika tujuan live adalah untuk memberi konsultasi atau nasihat kesihatan secara percuma, gunakan format live biasa tanpa promosi agresif.
  • Menjual Produk: Jika ingin menjual produk kesihatan, gunakan TikTok bag kuning yang lebih sesuai untuk jualan secara langsung.

5. Kekalkan Konsistensi dan Tawarkan Tips Percuma.

Konsistensi dalam membuat siaran langsung adalah kunci kejayaan. Pastikan anda menetapkan jadual tetap untuk live dan menawarkan tips percuma yang berguna kepada audiens. Ini bukan sahaja meningkatkan engagement tetapi juga membina kepercayaan terhadap klinik anda.

Dengan mengikuti langkah-langkah ini, klinik anda dapat menarik lebih ramai pelanggan melalui platform TikTok dengan lebih berkesan. Selamat mencuba!

Sesi ini di petik khas dari sesi Amazing Breakfast FunnelEvo bersama Tuan Ameerul Sales Closing Specialist.

Nak dapatkan lebih banyak ilmu dan tips bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.

Jumpa di Amazing Founder!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !