Puan Taj Mahal Hashim, seorang wanita luar biasa yang membuktikan bahawa kesusahan hidup bukan penghalang untuk berjaya. Dilahirkan dalam keluarga sederhana, Puan Taj membesar dengan penuh cabaran setelah kehilangan ayah pada usia 11 tahun. Ibu beliau, seorang ibu tunggal, bekerja sebagai pembantu rumah dengan gaji hanya RM700 sebulan untuk menyara keluarga.
Pada tahun 2018, Puan Taj menubuhkan Youmi Mandarin Centre, sebuah pusat pengajian bahasa Mandarin secara dalam talian. Bermula secara part-time, kini perniagaan beliau berkembang dengan pesat. Tahun pertama beliau menjalankan perniagaan secara sepenuh masa pada 2023, jualan mencecah RM99 ribu. Pada tahun berikutnya, jualan melonjak kepada RM226 ribu, membuktikan usaha dan keazaman yang tidak pernah luntur.
Perubahan selepas menyertai Mastermind antaranya:
- Peningkatan sales. Pada 2023, jualan mencecah RM99 ribu, alhamdulillah pada tahun 2024 berikutnya, jualan melonjak kepada RM226 ribu.
- Dengan ilmu yang betul, alhamdulillah berjaya menerima banyak resume dan makin ramai ingin bekerja dalam Youmi team.
- Kemasukkan 3 cikgu, 2 live host, dan yang seronoknya live host ni ada background, seorang tu ada buat modelling, content creator dan juga trainer. Di datangi oleh pakej yang beliau perlukan.
- Alhamdulillah kini beliau juga telah capai freedom of time, dan beliau buat keputusan untuk sambung belajar Master sambil menjalankan bisnes.
Pengalaman beliau membuktikan bahawa ilmu digital dalam perniagaan sangat penting. Pesanan Puan Taj kepada para usahawan lain adalah untuk mencari guru yang betul, terus menuntut ilmu, dan jangan mudah putus asa. Berniaga bukan sekadar untuk keuntungan, tetapi sebagai satu cara memberi manfaat kepada orang lain dan sebagai bekalan untuk akhirat.
Kisah Puan Taj Mahal Hashim adalah inspirasi kepada semua, bahawa dengan usaha, ilmu, dan keazaman yang tinggi, kejayaan pasti akan tiba.
Rebut peluang hadir ke Amazing Founder:Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim.
Jom hadir dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan berada di barisan hadapan!
Daftar ke Amazing Founder sekarang!