Dari Stuck RM70 Ribu ke RM312 Ribu Satu Bulan Selepas Dibimbing!

Pada bulan September 2023, Tuan Faiz Ilman, pemilik Fazzstore Aksesori Kereta dan Sekuriti yang terletak di Binjai, Kota Bharu, mengambil langkah besar dengan menyertai program Mastermind. Sebelum itu, beliau menghadapi pelbagai cabaran dalam perniagaannya yang menyebabkan bisnes beliau stuck.

Tuan Faiz menjalankan perniagaannya dengan jualan bulanan dianggarkan sekitar RM70 ribu hingga RM120 ribu, walaupun sudah menjalankan iklan berbayar. Namun, jika iklan tidak efektif, jualan dan keuntungan turut merudum. Beliau kurang memahami cara mengira margin produk dengan betul, sering menetapkan harga mengikut harga pesaing dan memberikan diskaun hanya kerana diminta pelanggan.

Tuan Faiz terlibat 100% dalam semua tugas pemasangan, jualan, pemasaran, pengurusan akaun dan pentadbiran. Beliau sukar mempercayai staf untuk menjalankan tugas dengan betul dan terpaksa melakukan semua kerja sendiri, menyebabkan tiada masa untuk merancang masa depan syarikat dengan lebih strategik.

Selepas menyertai program Mastermind, perubahan ketara berlaku dalam perniagaan Fazzstore antaranya adalah:

  1. Jualan bulanan meningkat secara mendadak sehingga mencecah RM312 ribu, hampir dua kali ganda daripada sebelumnya.
  2. Tuan Faiz kini memahami dengan jelas cara mengira margin produk dan menetapkan harga servis dengan lebih tepat.
  3. Pelanggan semakin ramai, memaksanya menambah keluasan kedai untuk menampung permintaan yang meningkat.
  4. Dari segi pengurusan, sistem operasi menjadi lebih teratur. Beliau berjaya membina pasukan pemasaran dan operasi yang mencukupi.

Beliau turut mempelajari teknik yang lebih berkesan dalam pengambilan staf, termasuk cara menjalankan sesi temuduga dengan betul. Kini, staf yang diambil adalah lebih berkualiti dan memahami budaya kerja yang dihormati.

Kini, Fazzstore bukan sekadar sebuah kedai aksesori kereta, tetapi simbol kejayaan hasil usaha, ilmu, dan bimbingan yang betul. Semoga kisah ini menjadi inspirasi kepada usahawan lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan yang lebih besar.

Tahniah Tuan Faiz Ilman dan seluruh warga kerja Fazzstore, kini tua Faiz telah sambung tahun kedua di FunnelEvo di bawah bimbingan President!

FunnelEvo menjemput anda untuk sertai Amazing Founder – program eksklusif yang akan mendedahkan teknik untuk:

✅ Menarik perhatian pelanggan dengan lebih berkesan
✅ Membina hubungan kukuh dengan pelanggan
✅ Mengekalkan permintaan tinggi sepanjang musim perayaan

Jangan lepaskan peluang ini! Hadir ke Amazing Founder dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan menjadi pilihan utama sepanjang musim perayaan.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !