18 Tahun Bisnes Kini Diwarisi Oleh Generasi Kedua, Yang Berjaya Bawa Bisnes Ke Arah Moden!

Setiap kejayaan ada ceritanya, dan kisah Cik Puan Syafinas Zakaria, pemilik Riang Ria Kids, adalah satu inspirasi buat kita semua. Dengan perjalanan penuh cabaran sejak muda, beliau membuktikan bahawa usaha, kesungguhan, dan ilmu yang tepat boleh mengubah hidup dan perniagaan.

Seawal usia 18 tahun, Cik Puan Syafinas sudah terjun ke dunia pendidikan kanak-kanak, bermula sebagai pembantu tadika dan pengasuh. Bisnes tadika ini bermula pada tahun 2004 dengan nama “Taska Umi Salina”, sebuah usaha kecil yang diasaskan oleh ibunya. Tahun pertama, pelajarnya hanya 20 orang, tetapi impian besar sudah mula dirancang. Pada tahun berikutnya, mereka berjaya membuka dua cawangan tambahan.

Namun, perjalanan itu tidak selalu lancar. Dalam tempoh 18 tahun, perniagaan ini berkembang hingga enam cawangan tetapi terpaksa kembali ke dua cawangan sahaja selepas pandemik melanda. “Ilmu tak cukup dan akhirnya banyak cawangan terpaksa ditutup begitu sahaja,” kata beliau, mengimbas saat getir tersebut.

Namun, Cik Puan Syafinas tidak menyerah kalah. Dia percaya bisnes tadika dan taska ini adalah legasi yang perlu diteruskan sebagai jihad untuk memberikan tempat selamat dan mampu milik kepada anak-anak.

1. Berjaya mendapatkan bangunan baru untuk tadika yang lengkap dengan renovasi.

2. Lokasi strategik di tepi jalan besar memudahkan ibu bapa untuk melihat dan mengakses tadika.

3. Memanfaatkan kuasa digital dengan mula membuat FB Ads untuk Open Day.

4. Sambutan daripada ibu bapa sangat menggalakkan, malah pernah mengutip RM 8,000 dalam satu hari Open Day.

5. Menggunakan ilmu digital untuk memasarkan tadika serta mencari staf baharu. Ramai yang menghantar resume selepas iklan dibuka.

“Ilmu tentang strategi launching dan campaign yang saya pelajari buat saya lebih yakin untuk tetapkan harga servis,” katanya. Kini, beliau dalam perancangan untuk menambah servis seperti pusat tuisyen bagi memperluaskan lagi perniagaan.

Tak Nak Bisnes Statik Lagi? Sertai Amazing Founder 2025!”
Grow bisnes anda dengan strategi terbukti! Kami kongsikan teknik powerful untuk tarik pelanggan, urus team dengan baik dan kekalkan momentum sales.

Jangan lepaskan peluang ini – daftar sekarang dan bersedia bawa bisnes anda ke puncak!

FunnelEvo serius nak jemput anda ke Amazing Founder: Grow Bisnes Lebih Laju! Kami kongsikan teknik untuk tarik perhatian, bina hubungan pelanggan yang kukuh, dan kekalkan permintaan sepanjang musim.

Jom hadir dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan berada di barisan hadapan! Insya-Allah.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !