Anda sedang berfikir untuk memperkenalkan jenama tudung sendiri? Tahniah! Tapi sekarang, persoalan besar yang mungkin bermain di fikiran anda: “Patutkah saya jual tudung dengan harga rendah atau tinggi?” Jawapan ini bergantung kepada strategi anda, siapa yang anda sasarkan, dan bagaimana anda mahu jenama anda dikenali.
Mari kita bincangkan dengan lebih santai supaya anda lebih jelas.
Harga Rendah: (RM29-RM33)
Jika anda memilih untuk menjual dengan harga yang rendah, anda sebenarnya sedang menyasarkan persaingan yang agak sengit. Kenapa? Sebab ramai penjual tudung di luar sana yang menawarkan harga rendah dan mereka sudah pun ada pelanggan tetap.
Apa yang Anda Perlukan?
- Strategi Unik
- Fikirkan sesuatu yang membuatkan tudung anda berbeza. Adakah anda ingin menjual tudung “instant” yang mudah dipakai dalam 5 saat? Atau mungkin anda fokus kepada fabrik anti-kedut yang sesuai untuk ibu-ibu sibuk?
- Kualiti Masih Penting
- Jangan kompromi pada kualiti. Walaupun harga rendah, pelanggan tetap akan memilih tudung yang tahan lama dan selesa dipakai.
- Pemasaran Bijak
- Gunakan platform seperti TikTok untuk hasilkan video pendek yang menarik. Sertakan demo cara pakai tudung anda yang mudah atau highlight keunikan rekaan anda.
Kelebihan:
- Mudah menarik pelanggan kali pertama.
- Anda boleh menjual dalam kuantiti yang banyak jika strategi betul.
Cabaran:
- Untung per unit rendah, jadi anda perlu pastikan jualan tinggi.
- Perlu bersaing dengan jenama sedia ada yang sudah kukuh.
Harga Tinggi: (RM50 ke atas)
Kalau anda bercadang untuk menjual pada harga lebih tinggi, jangan risau. Pelanggan masih akan beli jika mereka nampak nilai dalam produk anda.
Bagaimana Nak Tambah Nilai?
- Berikan Hadiah Percuma
- Contohnya, bagi pelanggan awal, berikan “beg eksklusif” yang hanya ada dengan pembelian tudung anda.
- Reka Bentuk Premium
- Pastikan tudung anda nampak eksklusif, dengan rekaan minimalis, warna lembut, atau kemasan seperti manik halus.
- Ceritakan Kisah Jenama Anda
- Pelanggan golongan M40 dan T20 suka membeli produk yang ada kisah. Contohnya, jika fabrik anda diimport dari Itali atau rekaan diinspirasi daripada seni tempatan, ceritakan kepada mereka.
- Pengalaman Membeli yang ‘Wow’
- Bungkus produk anda dengan cantik. Gunakan kotak premium atau kertas tisu elegan. Ini akan buat pelanggan rasa puas hati walaupun mereka bayar lebih.
Kelebihan:
- Margin keuntungan lebih besar.
- Anda boleh bina jenama premium yang tahan lama.
Cabaran:
- Perlu usaha lebih untuk yakinkan pelanggan membayar harga tinggi.
- Sasaran pasaran mungkin lebih kecil.
Jadi, Mana Pilihan Anda?
- Jika Fokus Harga Rendah: Pastikan tudung anda ada keunikan dan kualiti baik. Kuasai pemasaran digital untuk capai pelanggan yang besar.
- Jika Fokus Harga Tinggi: Tambahkan nilai produk dengan hadiah, rekaan premium, dan pengalaman membeli yang hebat. Sasarkan golongan yang mementingkan kualiti dan eksklusiviti.
Apa pun pilihan anda, pastikan ia sejajar dengan visi jenama anda. Ingat, tiada yang salah atau betul. Yang penting, anda memahami sasaran pelanggan dan memberikan apa yang mereka perlukan.
Semoga berjaya membina jenama tudung anda sendiri! Bila dah berjaya, jangan lupa kongsikan cerita kejayaan anda. Siapa tahu, anda mungkin jadi inspirasi kepada orang lain pula
Sesi ini di petik khas dari sesi Amazing Breakfast FunnelEvo bersama Tuan Fadhil Rasul Team Development Specialist.
Nak dapatkan lebih banyak ilmu dan tips bisnes? Pastikan anda daftar ke daftar di amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.
Jumpa di Amazing Founder!