Ini kisah usahawan FunnelEvo, yang merupakan pemilik syarikat Rasniaga Sdn Bhd yang terkenal dengan kepakaran mengimport dan menjual kereta recond berkualiti tinggi.
Hampir 27 tahun mengemudi perniagaan, Tuan Haji Zuhairi bukanlah baru dalam dunia perniagaan. Namun, memahami kepentingan ilmu dalam keadaan semasa yang mencabar serta jumlah persaingan yang bertambah, beliau terus mencari ilmu untuk mengembangkan bisnesnya ke tahap yang lebih tinggi.
Akhirnya, dengan izin Allah, beliau bertemu dengan FunnelEvo dan mempelajari ilmu bisnes terutama dibahagian pengurusan.
Apa perubahan drastik beliau selepas berada dalam bimbingan FunnelEvo?
- Menaik taraf staf menjadi penasihat jualan terlatih: Tuan Haji Zuhairi telah memberikan latihan dan panduan kepada stafnya supaya mereka boleh berperanan lebih efisien sebagai penasihat jualan.
- Semakan job description bersama Tuan Pudin: Beliau bekerjasama dengan Tuan Pudin untuk menyemak dan memperbaiki job description setiap staf, memastikan setiap orang tahu peranan dan tanggungjawab mereka.
- Morning Meeting culture: Setiap pagi, pada hari Isnin, Rabu, dan Jumaat, Tuan Haji Zuhairi mengadakan mesyuarat pagi untuk memberi semangat dan arahan kepada semua staf, memastikan semua orang berada di landasan yang betul.
- Memperbaiki Team Building: Beliau menganjurkan aktiviti team building selama tiga hari yang berkesan untuk memperbaiki spiritual team dan meningkatkan semangat kerja berpasukan. Aktiviti ini telah diadakan sebanyak empat kali, termasuk yang terbaru di Royal Belum Tasik Banding, Perak.
- Aktiviti CSR : Sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR), Tuan Haji Zuhairi dan pasukannya mengunjungi kampung orang asli dan menyumbangkan makanan kepada mereka.
- Role Model: Tuan Haji Zuhairi memastikan staf melihat apa yang dilakukan oleh majikan, memberi contoh teladan yang baik.
- Solat Tahajud Bersama Pemimpin: Tuan Haji Zuhairi bersama pemimpin-pemimpin lain kerap menunaikan solat tahajud memperbaiki kekuatan spiritual dalaman supaya di berikan kekuatan dalam menguruskan perniagaan.
Kini, Tuan Haji Zuhairi sedang membina lapisan kepimpinan yang seterusnya, dan beliau berasa lebih yakin dengan masa depan syarikatnya. Setiap langkah diambil dengan penuh kesedaran dan perancangan yang rapi, memastikan kejayaan yang berterusan.
Bisnes Masih di Takuk Lama? Jom Berubah Bersama Amazing Founder 2025.
Bayangkan bisnes yang semakin berkembang, pelanggan datang tanpa henti, dan pasukan yang sentiasa memberi sokongan. Kami sediakan panduan dan strategi yang terbukti untuk anda:
✅ Tarik pelanggan dengan lebih bijak.
✅ Urus pasukan dengan harmoni.
✅ Kekalkan jualan agar bisnes terus maju.
Jom hadir dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan! Daftar ke Amazing Founder sekarang