Bermula Dari Bawah Pokok Tanpa Pejabat, Kini Berjaya Capai Jualan RM5.1 Juta!

Puan Maziyatunnur Adam, pengasas BRBD Engineering Sdn Bhd, adalah contoh nyata bahawa usaha dan tekad boleh mengubah kehidupan. Sebelum menceburi dunia perniagaan, Puan Maziyatunnur bekerja sebagai Project Engineer dalam industri minyak dan gas. Namun, pada tahun 2014, beliau terpaksa berhadapan dengan VSS (Voluntary Separation Scheme) yang menyebabkan beliau kehilangan pekerjaan.

Walaupun dengan banyak komitmen kewangan, Puan Maziyatunnur tidak berputus asa. Beliau memutuskan untuk menceburi dunia perniagaan pembinaan dengan rakan kongsi. Pada mulanya, perniagaan dijalankan dalam keadaan terpaksa bertemu dengan klien di bawah pokok, di kedai makan, dan tempat-tempat awam. Tanpa pejabat. Bisnesnya berkembang perlahan-lahan.

Namun, segalanya berubah selepas beliau menyertai Mastermind. Banyak perubahan positif yang berlaku dalam syarikatnya, antaranya:

  1. Peningkatan Jualan yang Hebat.
    Dalam beberapa tahun, jualan syarikat semakin meningkat dan pada tahun 2024, BRBD Engineering berjaya mencapai jualan RM5.1 juta! Yang lebih menakjubkan, mereka berjaya menutup jualan bernilai RM200,000 hanya dalam masa 3 hari!
  2. Halatuju Syarikat Lebih Jelas.
    Sebelum ini, bisnes beliau agak kabur. Tetapi, selepas menyertai program Mastermind, beliau dapat menetapkan arah tuju syarikat dengan lebih jelas dan terfokus.
  3. Pengurusan Database yang Lebih Teratur.
    Beliau mula menguruskan database pelanggan dengan lebih efektif, yang membolehkan beliau follow-up dengan lebih sistematik, dan ini membantu meningkatkan jualan dan hubungan dengan pelanggan.

Puan Maziyatunnur juga menekankan betapa pentingnya ilmu digital dalam perniagaan sekarang ini. Menurutnya, usahawan perlu mengikuti perkembangan pemasaran digital dan perlu ada mentor untuk membantu mengelakkan kesilapan yang boleh merugikan bisnes.

Dari bermula di bawah pokok hingga berjaya menubuhkan BRBD Engineering, perjalanan Puan Maziyatunnur adalah inspirasi untuk usahawan lain yang ingin terus berusaha dan mencari peluang untuk berkembang.

Tak Nak Bisnes Statik Lagi? Sertai Amazing Founder 2025!”
Grow bisnes anda dengan strategi terbukti! Kami kongsikan teknik powerful untuk tarik pelanggan, urus team dengan baik dan kekalkan momentum sales.

Tarikh: 5 & 6 Februari 2025
Masa: 8.00 AM – 5.00 PM
Tempat: SACC Shah Alam

Jangan lepaskan peluang ini – daftar sekarang dan bersedia bawa bisnes anda ke puncak!

Jom hadir dan pastikan bisnes anda terus menonjol, menarik minat pelanggan, dan berada di barisan hadapan musim perayaan ini! Daftar ke Amazing Founder sekarang!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !