Pada 12 dan 13 Oktober yang lalu, The Leadership Games Battle Plan 2025 yang dinanti-nantikan telah tiba! Lebih 160 usahawan, dari 19 industri dan 144 syarikat yang berada di bawah bimbingan eksklusif Funnelevo High Level Coaching berkumpul dalam satu sesi strategik epik.
Bersedia untuk menyaksikan transformasi minda, strategi hebat, dan kepimpinan luar biasa yang bakal dicorakkan dari Putrajaya! Ini bukan sekadar pertemuan, ini adalah pertempuran untuk mencipta masa depan yang lebih gemilang.
Mereka juga berkesempatan untuk meluangkan masa secara tertutup bersama Founder Al Ikhsan iaitu Haji Ali dan 2 orang pengarah Al-Ikhsan iaitu Haji Amin dan Haji Imran.
7 Perkongsian Penting Haji Ali, Pengerusi Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd (Al-Ikhsan), untuk Usahawan. Saya kongsikan ini dengan harapan agar ia dapat memberi manfaat!
1. Rasa nak give-up? Tanya diri kenapa kita rasa nak berhenti? Sebab kita rasa ada pilihan. Tapi hakikatnya, give-up ni datang bila iman kita goyah, bila iblis berjaya kacau kita. Kalau niat kita betul, jika kita yakin dengan rezeki Allah, perkataan “give-up” tu tak patut ada dalam kamus hidup kita.
2. Bisnes ada turun naik. Bila bisnes jatuh, jangan terus salahkan keadaan. Tanya diri, apa yang kita abaikan? Hubungan kita dengan pasangan? Hubungan kita dengan Allah? Perniagaan kita, adakah berkat atau tidak? Semak diri sebelum menyalahkan takdir.
3. Bisnes jahanam? Apa masalahnya? Buka je la bisnes baru. Jangan terus putus asa. Kadang-kadang, Allah runtuhkan bisnes kita sebab Dia nak pelihara kita dari mudarat yang kita tak nampak. Mungkin perniagaan itu bukan yang terbaik untuk kita.
4. Pengalaman Al-Ikhsan. Satu masa dulu, ketika Al-Ikhsan berkembang, saya nekad nak buat pinjaman bank. Tapi satu demi satu bank tolak dan halau saya. Kalau saya jenis yang cepat putus asa, mungkin Al-Ikhsan tak wujud hari ini. Bank demi bank, bank yang ketujuh akhirnya beri saya pinjaman. Alhamdulillah, kerana tidak mengalah, kini Al-Ikhsan berjaya kongsi rezeki bersama ribuan pekerja.
5. Cita-cita ibu. Mak saya nak sangat saya masuk universiti walaupun saya tak minat. Tapi saya hormat dan raikan kehendak mak. Akhirnya saya sedar, apa yang mak nampak, saya tak nampak. Kalau saya tak masuk universiti, mungkin saya masih berniaga buah potong. Tapi kerana universiti, hari ini saya berniaga barangan sukan. Allah urus rezeki kita bila meraikan apa yang mak kita suka.
6. Jenama dan layanan. Jenama kita dikenali bukan sebab produk semata-mata, tapi perkhidmatan kita. Kebersihan, layanan pelanggan—itu yang buat kita dikenang. Kalau berniaga goreng pisang 10, 20 tahun sama je, tak ada peningkatan, minyak hitam, produk tak dijaga, mana jenama nak berkembang? Jangan, bila ada masalah bisnes, muka masam dengan pelanggan. Itu punca bisnes jatuh.
7. Bila waktu sesuai nak tambah cawangan?
i. Bila masalah bisnes sekarang dah selesai. Tak ada lagi isu pekerja, tak ada lagi isu pemasaran, tak ada lagi isu SOP , semuanya lancar dan dah boleh automasi tanpa kita melekat pada bisnes tu.
ii. Buat kajian atau kaji seliditk sama ada permintaan barang-barang tinggi dan banyak.
iii. Dan sekali lagi pastikan masalah dengan cawangan sedia ada sekarang sekarang dah selesai. Jangan buka kalau masalah cawangan bisnes sekarang tak selesai.
Moga perkongsian ini bermanfaat dan menjawab soalan-soalan yang bermain di fikiran usahawan!
Pada sesi malam pula di Marriot Hotel Putrajaya menyaksikan satu detik bersejarah! Lebih 160 usahawan, daripada 19 industri dan 144 syarikat yang mendapat bimbingan eksklusif Funnelevo High Level Coaching, berkumpul dalam sesi strategik yang tidak pernah dilihat sebelum ini — The Leadership Game Battleplan 2025.
Bersiaplah untuk malam yang penuh dengan percikan idea luar biasa, strategi berani, dan kepimpinan hebat yang akan mencorakkan haluan baharu ke arah masa depan yang lebih gemilang. Ini bukan sekadar perjumpaan; ini adalah pertempuran malam untuk membina legasi!
Kami Sangat Serius Nak Bantu Usahawan… Tiada yang lebih puas daripada melihat usahawan yang selama ini kais pagi makan pagi, tiba-tiba mampu bangkit dan hidup dengan penuh keyakinan.
Setiap hari, FunnelEvo menjadi tempat bertemu ramai usahawan dengan pelbagai latar belakang. Ada yang hampir menyerah. Ada yang hilang arah. Tapi di FunnelEvo, kami percaya bahawa setiap usahawan layak untuk berjaya.
Kami bukan magis, tapi kami sentiasa sedia beri panduan. Sedia untuk mengingatkan bahawa jalan ini bukan mudah, tapi bila anda lalui dengan ilmu dan sokongan yang betul, insya-Allah, segala impian anda bukan lagi mustahil.
Kaya itu hanya bonus. Yang lebih penting adalah bagaimana kita boleh bina perniagaan yang berkekalan dan memberi manfaat pada ramai orang di sekeliling kita.
Usah risau tentang angka, fokus pada usaha. Dan insya-Allah, kejayaan pasti menyusul. Kami di sini, sebagai asbab dan teman perjalanan anda, dalam setiap langkah perniagaan yang penuh cabaran ini.
Semoga dengan himpunan kali ini dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara High Level Coaching serta FunnelEvo. Insya-Allah.
Nak jadi sebahagian daripada mereka? Pastikan anda daftar ke di link amazingfounder.com sekarang! Jangan bertangguh lagi usahawan.
Jumpa anda di Amazing Founder!